29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Titip Ucapan Romantis Sempena Hari Lahir Isteri – ‘Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mencuri perhatian apabila berkongsi ucapan istimewa buat isterinya, Amira Othman, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Gembira Lihat Anak-Anak Makin Erat – ‘Setiap Kali Fatima Datang, Saya Nampak Bonding Dia & Jarir’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Jadi Jurusolek Fattah Amin Di AMT 2026, Ramai MUA Sibuk 

    Pen merah, pen biru

    Menerusi perkongsian di Threads, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin menitipkan doa agar kebahagiaan yang dibina bersama Amira berkekalan dan hubungan mereka terus dipelihara Allah SWT hingga ke syurga.

    Dalam hantaran sama, pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu turut menyelitkan pantun ringkas buat Amira yang mencuit hati, sekali gus menambah kemanisan ucapan sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu.

    Selamat Hari Lahir isteri syurgaku. Terima kasih hadir di saat saya memerlukan kamu. Semoga Allah pelihara kamu dan rumah tangga kita hingga ke Syurga.

    Jap saya nak bagi pantun. Pen merah pen biru, hidup I best bila ada you. I love you ayang.

    Sekadar info, Amira dilahirkan pada 26 Oktober 1993 dan mula mendapat perhatian menerusi penyertaannya dalam program realiti Akademi Fantasia 2013 sebelum meneruskan perjalanan seni sebagai penyanyi.

    MENARIK:  Bapa Akui Abang Aji Kurang Selesa Bila Disentuh Peminat – ‘Ada Yang Suka Cubit Sebab Dia Comel’

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar, yang dilahirkan pada 23 Jun lalu.

    Sumber: Threads

    The post Fattah Amin Titip Ucapan Romantis Sempena Hari Lahir Isteri – ‘Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah