29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Bercuti Ke Queensland? Brisbane Kini Lebih Mudah Dengan Malaysia Airlines

    Shopee Sale

    Kalau korang ingat Australia cuma ada Sydney atau Melbourne, mungkin dah tiba masa untuk masukkan Brisbane dan Gold Coast dalam travel list seterusnya.

    Terletak di Queensland, Brisbane menawarkan gabungan suasana bandar, kawasan hijau, seni, budaya dan pengalaman tepi sungai, manakala Gold Coast pula sinonim dengan pantai, makanan, aktiviti keluarga dan suasana yang lebih santai.

    Menariknya, kedua-dua destinasi ini boleh diterokai dengan lebih mudah menggunakan pengangkutan awam, jadi korang tak semestinya perlu bergantung pada kereta untuk explore banyak tempat.

    Brisbane ada banyak benda boleh explore, bukan sekadar singgah

    Kalau baru pertama kali ke Brisbane, South Bank boleh jadi antara lokasi pertama dalam itinerari.

    Di sini, korang boleh bergambar dengan Brisbane Sign, bersantai di Streets Beach atau berjalan-jalan di kawasan taman tepi sungai. Kalau datang hujung minggu, boleh singgah ke Collective Markets untuk mencari makanan, barangan artisan dan persembahan muzik secara langsung.

    Nak isi masa dengan aktiviti seni dan budaya? Queensland Cultural Centre dan Gallery of Modern Art (GOMA) pula terletak berdekatan.

    Dari South Bank, korang boleh terus bergerak ke North Quay untuk meneroka kawasan pusat bandar.

    Queen Street Mall sesuai untuk yang nak shopping, manakala Brisbane City Hall dan Museum of Brisbane pula boleh dimasukkan dalam itinerari kalau nak kenal sedikit sejarah serta budaya bandar ini.

    Kalau nak suasana yang lebih hijau, singgah pula di QUT Gardens Point dan berjalan santai di City Botanic Gardens. Kawasan ini sesuai untuk slow day sambil menikmati pemandangan sungai, kehijauan dan suasana bandar.

    Nak explore Brisbane dengan lebih santai? Naik CityCat!

    Salah satu cara menarik untuk bergerak sekitar Brisbane ialah dengan menaiki CityCat.

    Selain berfungsi sebagai pengangkutan awam, perjalanan menyusuri Brisbane River ini sendiri boleh jadi sebahagian daripada pengalaman bercuti kerana korang boleh menikmati pemandangan bandar, jambatan dan kawasan tepi sungai dari atas air.

    Korang boleh turun di beberapa kawasan menarik seperti Kangaroo Point untuk berjalan di sepanjang laluan tepi sungai atau menikmati pemandangan Brisbane dari kawasan Kangaroo Point Cliffs.

    Kemudian, teruskan perjalanan ke Howard Smith Wharves yang terkenal dengan pemandangan Story Bridge, restoran tepi sungai dan suasana yang lebih meriah menjelang petang.

    Kalau nak habiskan hari dengan suasana santai, New Farm Park juga boleh dimasukkan dalam itinerari, terutama kalau korang nak berjalan-jalan di kawasan hijau sebelum menikmati makanan di sekitar Brisbane Powerhouse.

    Nak explore Gold Coast? Naik G:link je!

    Dah puas explore Brisbane? Boleh sambung perjalanan ke Gold Coast pula.

    Menariknya, G tram memudahkan korang bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk menikmati gabungan pantai, makanan, shopping dan aktiviti santai.

    Lebih menarik, tambang pengangkutan awam tertentu di Queensland kini boleh dinikmati pada kadar AUD0.50 setiap perjalanan, menjadikan perjalanan untuk explore kawasan sekitar lebih mudah dan berbaloi.

    Dari Surfers Paradise sampai Burleigh Heads

    Mulakan perjalanan di Surfers Paradise, kawasan ikonik Gold Coast yang menawarkan pemandangan menarik dari SkyPoint Observation Deck di Q1. 

    Kalau nak aktiviti lebih mencabar, korang boleh cuba SkyPoint Climb atau singgah ke Cavill Avenue untuk shopping, makan dan hiburan sebelum ke Surfers Paradise Beach.

    Untuk pengalaman shopping, turun di Broadbeach dan kunjungi Pacific Fair, antara destinasi shopping terbesar di Australia. Kalau nak suasana lebih santai, teruskan ke Miami untuk bersiar-siar di Miami Beach, Miami Headland atau singgah di kafe sekitar kawasan tersebut.

    MENARIK:  Zara Zya Sedang Kenali Seseorang? Pilih Kunci Mulut Soal Cinta – ‘Berkawan Itu Ada Tapi..’

    Akhiri perjalanan di Burleigh Heads dengan meneroka Burleigh Head National Park melalui Oceanview Track atau Rainforest Circuit, sebelum menikmati suasana pantai dan matahari terbenam.

    Daripada shopping, makanan dan pantai hinggalah alam semula jadi serta aktiviti mencabar, Gold Coast memang ada macam-macam untuk diterokai dalam satu perjalanan.

    Nak ke Brisbane? Malaysia Airlines kini tawarkan sehingga 7 penerbangan seminggu!

    Dah tahu nak pergi mana, sekarang tinggal fikir cara nak sampai ke sana.

    Malaysia Airlines kini menawarkan sehingga 7 penerbangan seminggu ke Brisbane, jadi korang boleh memilih jadual yang lebih sesuai untuk merancang percutian ke Queensland.

    Bukan itu sahaja, pengalaman penerbangan bersama Malaysia Airlines turut hadir dengan pelbagai manfaat, terutama bagi korang yang mahu perjalanan lebih fleksibel dan selesa.

    Book direct dengan Malaysia Airlines, dapat lagi banyak benefit!

    Kalau dah jumpa tarikh yang sesuai, pertimbangkan untuk membuat tempahan terus melalui laman web rasmi atau aplikasi Malaysia Airlines.

    Belum jadi ahli? Pendaftaran Enrich adalah percuma, jadi boleh daftar dulu dan unlock pelbagai manfaat yang tersedia.

    Selain itu, tempahan terus dengan Malaysia Airlines turut memberikan korang lebih banyak pilihan dan fleksibiliti, termasuk:

    • MH Flex benefits apabila rancangan berubah
    • Rebooking percuma tanpa caj perubahan, tertakluk kepada perbezaan tambang
    • Pilihan untuk menyesuaikan tempahan
    • Kemudahan memohon bayaran balik sekiranya permohonan visa ditolak, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.
    • Tambang kanak-kanak

    Jadi, kalau tiba-tiba plan berubah, tak perlu terus panic. 

    Nak lagi selesa? Business Class ada Chef-on-Call & Golden Lounge

    Kalau nak jadikan perjalanan ke Brisbane lebih istimewa, penumpang Business Class bagi penerbangan terpilih boleh menikmati pengalaman yang lebih premium bersama Malaysia Airlines.

    Sebelum penerbangan bermula, penumpang boleh berehat di Golden Lounge, sambil menikmati makanan atau sekadar meluangkan masa dengan lebih selesa sebelum menaiki pesawat.

    Bila tiba masa untuk terbang pula, pengalaman santapan boleh dinaik taraf menerusi Chef-on-Call, yang membolehkan penumpang membuat pra-tempahan hidangan pilihan sebelum penerbangan.

    Untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Brisbane, Chef-on-Call turut tersedia bagi kabin dan penerbangan terpilih. Penumpang boleh membuat pilihan melalui Manage Booking sekurang-kurangnya 24 jam sebelum berlepas.

    Selain Chef-on-Call, penumpang juga boleh menikmati Best of Asia, yang mengetengahkan kepelbagaian cita rasa dari rantau Asia sepanjang penerbangan.

    Daripada hidangan yang diinspirasikan oleh warisan kulinari Malaysia kepada sajian dengan cita rasa dari negara-negara Asia lain, pengalaman ini membolehkan korang menikmati pelbagai hidangan serantau walaupun masih berada di udara.

    Bagi penumpang Economy Class, semua tambang turut merangkumi dari 20kg bagasi daftar masuk, selain hidangan dalam pesawat.

    Kesemua pengalaman ini dilengkapi dengan Malaysian Hospitality, menjadikan perjalanan ke Brisbane bukan sekadar tentang sampai ke destinasi, tetapi pengalaman yang bermula sejak berada di dalam pesawat.

    Dah ready nak explore Queensland?

    Jadi, kalau Brisbane dan Gold Coast dah masuk dalam travel list, korang boleh mula susun itinerari dan book direct melalui laman web rasmi atau aplikasi Malaysia Airlines untuk menikmati manfaat eksklusif serta pengalaman perjalanan yang lebih fleksibel.

    Tertakluk kepada terma dan syarat.

    The post Nak Bercuti Ke Queensland? Brisbane Kini Lebih Mudah Dengan Malaysia Airlines first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah