Pelakon berpengalaman Datin Sofia Jane, memberikan pandangan mengenai isu demanding yang dilihat tidak berkesudahan semenjak dari awal penglibatannya dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Segalanya, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28’ – Datin Sofia Jane
Pandangan Sofia

Ketika ditemui Sofia, 53, menegaskan bahawa istilah demanding tersebut sewajarnya digunakan untuk seseorang pelakon yang seharusya mendapatkan naskhah terbaik dan berkualiti.
Dari umur saya 20 tahun lagi, saya asyik dapat soalan yang sama pasal demand. Apa sebenarnya yang kita maksudkan dengan demand?
Sebagai pelakon, penonton dan orang dalam industri, kita berhak menuntut penulisan yang baik. Itulah demand sebenar bagi saya iaitu mendapatkan teks yang lebih bagus dan karya yang lebih berkualiti kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada naskhah tersebut.
Tidak menafikan soal bayaran, Sofia berkata, industri seharusnya dari dahulu lagi meletakkan kadar standard kepada pelakon.
Ya, bayaran itu perkara lain. Itu perkara yang sepatutnya dah lama selesai. Kena ada baseline kalau kita nak cakap pasal bayaran. Tapi kita tak ada benda tu dan itulah yang kita sebagai komuniti dalam industri ini patut perjuangkan.
Bagaimanapun, Sofia percaya bahawa skrip adalah elemen penting di dalam sesebuah karya. Justeru, setiap pelakon perlu teliti dalam pemilihan karya bagi menjaga mutu lakonan, selain kekal dalam industri.
Pelakon yang bagus akan menuntut skrip yang bagus. Kalau kita kerap buat benda yang sambil lewa atau tak berkualiti, sampai situlah saja tahap kita nanti.
Tetapi dari segi demand, saya rasa pelakon yang bagus memerlukan skrip yang bagus sebab itu sedikit sebanyak akan menentukan berapa lama seseorang pelakon itu boleh bertahan. Kalau kita kerap lakukan naskhah yang tidak begitu bagus, itu sahajalah yang kita akan lakukan.
Sofia berkata demikian ketika ditemui semasa temu bual ekslusif yang diadakan di Bangar Village pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon filem Malam Terlarang ini berpendapat, pelapis baharu perlu lebih selektif dan tampil menonjolkan sisi lain dalam lakonan.
Sofia percaya, cara seperti itu akan membuatkan mereka lebih mendapat perhatian ramai dengan pemilihan watak yang bebeza-beza.
Apabila saya menjadi pengajar kepada pelakon-pelakon muda, mereka sering bertanya apa yang harus mereka lakukan.
Kadang kala kita baru dan tak ada pilihan, jadi kita ambil apa sahaja yang ada.
Tapi kalau kita rasa cerita itu tak bagus atau sama macam cerita lain, buatlah sesuatu yang berbezq yang tidak pernah dilakukan orang lain. Supaya kita mendapat perhatian mungkin daripada penerbit, pengarah ataupun penulis yang nampak sesuatu yang unik di dalam diri awak.
Tapi kalau buat sembrono sahaja, orang akan ingat awak tak serius sebab peningkatan itu tak ada. Kita harus bekerja dan cari makan juga, tapi kalau kita sayangkan apa yang kita lakukan dan mahu kekal lama, awak perlu tampil berbeza.
The post [VIDEO] ‘Sebagai Pelakon Kita Berhak Menuntut Penulisan Yang Baik, Itulah Demand Sebenar’ – Sofia Jane first appeared on OHBULAN!.





