26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Individu Dipuji, Pilih Bersedekah Selepas Berjaya Turun Berat Badan 28KG – ‘Tak Perlu Kaya …’

    Shopee Sale

    Seorang individu menjadi tular di media sosial selepas mengambil keputusan untuk bersedekah apabila berjaya menurunkan berat badannya sekitar 28 kilogram (kg).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sedekah Bukan Untuk Saya Banggakan Tetapi Jadi Inspirasi’ – Zizan Razak

    Artikel Berkaitan: Kongsi Rezeki Dengan Pekerja OKU, Netizen Puji Cara Zara Zya Bersedekah

    Sedekah

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang dikenali sebagai Faiz itu memuat naik video memaparkan dirinya menunggang motosikal sambil mengagihkan bungkusan kecil berisi roti, air mineral dan air kotak kepada orang ramai.

    Dalam hantaran itu, Faiz turut meluahkan rasa syukur apabila berhasil menurunkan berat badan daripada 116kg kepada 97kg.

    Alhamdulillah berat dah turun 2 angka, ada rezeki lebih buat kenduri sikit.

    Dalam pada itu, Faiz turut berkongsi kaedah yang diamalkannya untuk menurunkan berat badan.

    MENARIK:  Baru Dua Minggu Kahwin..Lelaki Dah Berani Cab*l, Raba Dada Anak Tiri

    Kata Faiz, dia menghentikan pengambilan gula sepenuhnya, mengelakkan makanan bergoreng serta melakukan senaman secara konsisten.

    Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap tindakan Faiz bersedekah sebagai tanda syukur atas kejayaannya menurunkan berat badan.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Individu Dipuji, Pilih Bersedekah Selepas Berjaya Turun Berat Badan 28KG – ‘Tak Perlu Kaya …’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah