Penyanyi Fieya Julia meminta orang ramai agar tidak lagi memuat naik semula kandungan lama yang memaparkan dirinya tidak bertudung.
Artikel Berkaitan: Fieya Julia Bidas Label ‘Artis Sendu’, Anggap Rezeki Masing-Masing
Artikel Berkaitan: Fieya Julia Mengaku Sayang Luqman Faiz, Harap Isu ‘Bukan Taste’ Tidak Diperbesarkan – ‘Saya Marah Sekejap Je’
Fieya Julia mohon jangan sebar konten tak bertudung

Menerusi hantaran di Threads, Fieya mengakui dirinya bukanlah sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya bukan insan yang sempurna, malah banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya.
Pelantun lagu Perasaanku itu berharap orang ramai dapat menghormati permintaannya agar tidak lagi menyebarkan kandungan lama yang memaparkan dirinya tidak menutup aurat.
Mana yang saya mampu, saya buat. Tapi mana di luar kemampuan saya, saya minta sangat jasa baik kawan-kawan janganlah share atau upload lagi content-content lama masa saya freehair.
Sumber: Threads
The post ‘Tolong Jangan Kongsi Atau Muat Naik Konten Lama Masa Saya Freehair’ – Feiya Julia first appeared on OHBULAN!.





