31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Gen Z Tak Kenal Saya Penyanyi, Mereka Panggil Akak Bizmilla’ – Mila Jirin

    Shopee Sale

    Penyanyi, Mila Jirin terpaksa menangguhkan perancangan untuk mengadakan jelajah di Indonesia bagi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Cukup Sudah Cukup.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mila Jirin Sedang Usaha Bayar Tunggakan Hak Pekerja, Dedah Setiap Perniagaan Hadapi Masalah

    Tangguh jelajah Indonesia

    Mila atau nama lengkapnya Norsyarmilla Jirin, 38, berkata, keputusan itu dibuat susulan faktor keselamatan dan keadaan semasa di Indonesia, selain mahu memberikan tumpuan kepada penyertaannya dalam program Gegar Vaganza ke-13 (GV13) yang bakal bersiaran pada November depan.

    Saya sepatutnya terbang ke Indonesia pada Oktober lalu, namun disebabkan bencana alam iaitu gunung berapi dan jerebu, saya tangguh jelajah radio mempromosikan lagu tersebut.

    Pada saya apa yang paling utama adalah keselamatan. Kerana saya akan bawa anak-anak bersama. Saya beritahu pasukan di Indonesia supaya tangguh seketika. Dalam pada itu, saya boleh fokus dengan GV13 dahulu.

    Mila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media GV13 yang berlangsung di Damansara, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Doa Lebih Sikit Mommy, Semoga Daddy Kuat Untuk Bercuti Dengan Anak’ – Nedim Nazri

    Dalam pada itu, pelantun lagu Persis Mutiara menyifatkan peluang menyertai GV13 sebagai platform terbaik untuk mengembalikan namanya dalam industri muzik, selain memperkenalkan dirinya kepada generasi muda.

    Percaturan Allah sangat cantik, saya rancang nak keluarkan lagu, kemudian album dan sekarang dapat tawaran menyertai GV13.

    Saya tidak nafikan anak muda zaman sekarang, Gen Z tidak kenal saya penyanyi, mereka panggil saya akak Bizmilla.

    Setidaknya, dengan rezeki dalam industri sekarang ini dapat juga saya perkenalkan diri semula, selain daripada usahawan, saya sebenarnya penyanyi.

    Selain Mila, GV13 turut menampilkan barisan penyanyi seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman. Empat lagi peserta akan diumumkan pada konsert minggu pertama.

    The post ‘Gen Z Tak Kenal Saya Penyanyi, Mereka Panggil Akak Bizmilla’ – Mila Jirin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah