Penyanyi Cik B mengakui terkilan dengan dirinya sendiri kerana tidak meluangkan masa secukupnya bersama arwah bapanya, Mohd Amin Yasin, ketika Allahyarham masih hidup.
Artikel Berkaitan: Bapa Kandung Cik B Meninggal Dunia
Penyesalan tiada penghujung

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, 21, berkata, dia menyesal kerana tidak kerap menghubungi mahupun bertemu bapanya selepas ibu bapanya berpisah.
Justeru, dia menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada, meskipun hubungan yang terjalin tidak begitu baik atau pernah berlaku perselisihan faham.
Cubalah sentiasa telefon mak ayah, jangan sampai mereka sudah tiada baru kita nak mencari. Itulah penyesalan saya.
Jika mereka masih ada, walaupun ada salah faham atau hubungan tidak baik, ketepikan semua itu. Kita semua tak tahu apa mereka rasa, mungkin juga mereka sudah berubah (jadi lebih baik).
Macam saya, saya menyesal kerana berjumpa apabila dia sudah tiada lagi di dunia. Sebelum ini tidak selalu berjumpa.
Mengakui kerinduannya terhadap bapanya sukar digambarkan dengan kata-kata, Cik B turut mengingatkan mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah berpisah agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua-duanya.
Last saya jumpa ayah waktu kecil. Dia tetap ayah saya, rasa penyesalan itu tiada penghujung. Kepada sesiapa yang masih ada mak ayah walaupun mereka sudah bercerai, mereka tetap mak ayah kalian.
Terdahulu, bapa kandung Cik B dan Kacak iaitu Mohd Amin Yasin dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu pada usia 48 tahun.
Allahyarham dikatakan mengalami demam panas selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Untuk rekod, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum mereka berpisah lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: TikTok
The post Cik B Menyesal Tak Kerap Hubungi & Bertemu Arwah Bapa – ‘Last Jumpa Waktu Kecil’ first appeared on OHBULAN!.





