Kumpulan muzik Indonesia, for Revenge bakal menemui peminat di Malaysia menerusi konsert Titik Sadrah yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 November ini.
Konsert Titik Sadrah

Konsert bersempena ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu turut menampilkan enam artis undangan iaitu Cynantia Pratita, Dul Jaelani, Fiersa Besari, Rony Parulian, Sekumpulan Orang Gila dan Tepe.
Dianjurkan oleh Neptunes Presents dengan kerjasama Antara Suara dan Sony Music, persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada siri jelajah antarabangsa for Revenge.
Menurut jurucakap Neptunes Presents, Muhamad Hadi Johari, konsert itu menjadi peluang untuk kumpulan berkenaan bertemu peminat Malaysia yang selama ini mengikuti perjalanan muzik mereka.
Pentas Titik Sadrah di Kuala Lumpur memberi peluang kepada semua cerita itu untuk bertemu dalam satu ruang.
Peminat juga diajak berkongsi lagu for Revenge yang paling dekat dengan mereka serta cerita di sebaliknya.
Cerita dan foto daripada peminat akan menjadi sebahagian daripada pengalaman Titik Sadrah di Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada 2006 di Bandung, Indonesia, for Revenge dianggotai Boniex Noer selaku vokalis, Arief Ismail (gitar), Izha Muhammad (bes) dan Archims Pribadi (dram).
Antara karya mereka termasuk album Fireworks, Second Chance dan Perayaan Patah Hati Babak 1 dan 2.
Konsert ini diharap menjadi ruang buat peminat menikmati karya kegemaran mereka secara langsung sambil meraikan dua dekad perjalanan muzik kumpulan tersebut.
Maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman rasmi forrevenge.id.
The post For Revenge Bakal Gegarkan Kuala Lumpur, Raikan 20 Tahun Perjalanan Seni Menerusi Konsert Titik Sadrah first appeared on OHBULAN!.





