Pelawak, Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi batu api yang mencetuskan konflik antara dua sahabatnya, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Mohon Maaf Kepada Jep, Rayu Netizen Henti Kecam Keluarga – ‘Saya Manusia Tidak Sempurna’
Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’
Akui jadi batu api
Menerusi klip rakaman skrin sesi siaran langsung sebelum ini, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Haji Murad, 41, menjelaskan Shuib dan ahli keluarga tidak bersalah.
Menurut Mamat, konflik itu mula tercetus apabila dia sering membangkitkan isu berkenaan sehingga mempengaruhi Shuib.
Saya tak marah kepada mereka yang DM, maki saya sepanjang saya buat live dan yang kata saya ini batu api.
Betul. Kalau tengok dalam video tu, sayalah batu api sebenarnya. Saya yang ‘spark’ kan cerita itu sehingga Shuib pun terikut-ikut dan terjebak sekali dalam episod Dol’s Podcast itu.
Sebenarnya Shuib tak ada salah apa pun. Shuib tak salah malah ahli keluarga dia pun (tak bersalah). Saya yang ‘spark’ kan isu itu.
Sehubungan itu, Mamat dengan rendah hati mengakui kesilapannya terhadap Jep dan para penyokong pelawak itu, selain berharap agar kemelut berkenaan dapat diselesaikan secara baik.
Menurutnya, permohonan maaf itu dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada keikhlasan hatinya selepas berfikir panjang selama tiga minggu.
Saya mohon maaf secara terbuka supaya dapat selesaikan isu ini dengan penyokong Jep. Saya dengan rendah hati dan juga ikhlas memohon maaf kepada semua.
Permohonan maaf secara terbuka ni saya buat bukan kerana desakan daripada siapa-siapa. Ini adalah daripada keikhlasan hati saya selepas tiga minggu saya berfikir.
Saya cakap mungkin hari ini adalah waktu yang sesuai untuk saya dedahkan dan juga untuk saya luahkan kepada semua follower-follower Jep Sepahtu.
Semoga kita boleh berdamai dengan cara yang baik dan terus menyokong Jep Sepahtu serta menyokong apa sahaja yang kami lakukan tak kiralah Jep, Shuib, Pak Ya mahupun Rahim. Doakanlah kita sama-sama di bawah lindungan Allah.
Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf kepada Jep atas sindirian yang dilakukan terhadap rakannya itu ketika mengendalikan audio siar yang diberi nama Dol’s Podcast.
Sebelum ini, Jep mengakui sudah muak apabila nama dan kisahnya terus ‘dipergunakan’ Shuib dan Mamat sebagai bahan ‘content’ serta strategi pemasaran mereka.
Jep menjelaskan dirinya sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini, namun tiada respon daripada mereka berdua.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Mamat Sepah Mohon Maaf, Akui Jadi Batu Api Cetus Konflik Jep & Shuib – ‘Saya Yang Spark Isu Itu’ first appeared on OHBULAN!.





