32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irma Hasmie Kongsi Doa – ‘Ya Allah, Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar & Ikhlas’

    Shopee Sale



    irma

    Pelakon Irma Hasmie menyorot perhatian warganet apabila memuat naik petikan kata-kata ringkas (quote) tentang doa di media sosialnya.

    Perkongsian Irma

    irma

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim memuat naik sekeping foto dirinya yang mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.

    Dalam pada itu, aktres berusia 42 tahun tersebut turut berkongsi doa tentang kesabaran dan keikhlasan.

    Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku boleh merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku boleh merasa sabar dan ikhlas, kerana sabar dan ikhlas adalah satu-satunya ketulusan yang luar biasa. – Moch. Fatkhi Mubarok.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Irma diberi kekuatan dalam setiap ujian yang dilaluinya.

    Ya Allah berikanlah Irma kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

    Moga Allah kabulkan segala doa yang baik-baik buat mu.

    Semoga tabah menghadapi ujian, Allah sentiasa bersama mu. Awak seorang ibu yang hebat.

    Terdahulu, status rumah tangga Irma akhirnya terjawab apabila pelakon itu disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Redza Syah Azmeer sejak enam bulan lalu.

    MENARIK:  Farid Memudahkan Urusan Jumpa Anak – ‘Saya Berharap Boleh Disulami Dengan Ibu Mereka Juga’

    Redza kemudian tampil membuat penjelasan setelah timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung perceraian mereka selepas dia memuat naik foto perkahwinan bersama seorang wanita.

    Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah