Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menyorot perhatian apabila berkongsi kisah lucunya yang ‘diracun’ ibu, Asmah Mohd. Ali dan adik, Datin Seri Umie Aida untuk membeli perkakas dapur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad ‘Mengadu’ Erma Fatima Nak Rampas Fattah Amin Dari Amira Othman, Respon Mak Semah Bikin Netizen Terhibur
Artikel Berkaitan: Penuhi Permintaan Adik Nak Makan ‘Lunch’, Netizen Terliur Tengok Air Tangan Erma Fatima
Erma ‘diracun’ Mak Semah & Umie Aida

Menerusi aplikasi Threads, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali memaklumkan dia kononnya dijemput ke rumah untuk merasa masakan yang dimasak oleh ibunya yang lebih mesra disapa Mak Semah.
Namun, apa yang melucukan ialah Mak Semah memanggang seekor ayam dengan menggunakan sebuah ketuhar hanya semata-mata untuk ‘meracun’ Erma membeli perkakas yang sama.
Beriya suruh aku datang rumah dia konon dia masak.
Setakat ayam panggang ja, sebab nak racun aku beli oven dia.
Terbang duit aku beli, nasib baik oven itu comel dan boleh mengukus juga.
Nasib, nasib, terkena lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Erma turut berkongsi video lucu memaparkan Mak Semah dan Umie yang ‘memujuknya’ dengan mempromosikan kelebihan ketuhar tersebut kepada Erma.
Oven yang kau ada itu biasa-biasa saja, yang ini boleh kukus.
Mana nak dapat oven macam ini? Boleh panggang ayam sambil pusing-pusing.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beradik ini sambil memuji cara ‘marketing’ yang dilakukan Mak Semah dan Umie.
Komen netizen

Sumber: Threads Erma Fatima
The post Kena ‘Racun’ Beli Oven, Duit Erma Fatima ‘Terbang’ Gara-Gara Mak Semah & Umie Aida first appeared on OHBULAN!.





