30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kembali Dengan Skala Lebih Besar, JAFF Market 2025 Angkat Karya Penggiat Filem Asia Ke Pentas Antarabangsa

    Shopee Sale

    JAFF Market 2025 kembali lagi, kali ini dengan skala lebih besar dan lokasi lebih strategik! Acara selama tiga hari ini akan berlangsung di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta, dari 29 November hingga 1 Disember.

    JAFF Market jadi platform utama untuk menaikkan karya-karya pembikin filem Asia, termasuk Malaysia, ke pentas antarabangsa melalui jaringan pembeli, pelabur, dan rakan industri dari seluruh dunia.

    Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad

    Artikel Berkaitan: ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik

    Hubungkan pemain industri

    Disokong oleh Amar Bank, JAFF Market kini muncul sebagai platform penting yang menghubungkan pemain industri ke ekosistem filem Indonesia, sambil merancakkan kerjasama kreatif serta pembangunan harta intelek IP bertaraf global.

    Tahun ini, penyertaan Media Prima sebagai rakan promosi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri serantau, sekali gus membuka akses lebih luas untuk kandungan tempatan dikomersialkan.

    JAFF Market jadi lokasi berkumpulnya studio, penerbit, pengedar, platform penstriman, pelabur dan pembeli kandungan dari seluruh Asia Tenggara hingga Asia Pasifik. Dengan penyertaan berskala besar ini, lebih banyak peluang terbuka untuk pemain Malaysia mengetengahkan IP baharu, meneroka projek produksi bersama dan meluaskan lagi jangkauan kandungan ke peringkat antarabangsa.

    Selain itu, JAFF Market juga memberi fokus pada pembangunan IP merentasi pelbagai medium iaitu dari buku, permainan video sehinggalah muzik yang diadaptasi ke skrin.

    Pendekatan ini beri kelebihan besar buat vendor Malaysia yang sudah memiliki kandungan sendiri, sambil membuka peluang kerjasama baharu dengan penerbit dan pengedar antarabangsa.

    Kerjasama yang kukuh

    Pembukaan JAFF Market 2025 akan menampilkan sesi “THE NUSANTARA WAVE: The Rise of Indonesia–Malaysia Collaborations” yang dibawakan oleh Komet Productions, Skop Productions, Magma Entertainment dan Red Communications.

    Kehadiran empat syarikat ini mencerminkan perkembangan kerjasama kreatif Malaysia–Indonesia yang semakin kukuh, sekali gus memperluas potensi kandungan tempatan untuk menembusi pasaran Asia dan global.

    MENARIK:  Risau ‘Over Spend’, Ini Rupanya Rahsia Shopping Raya Paling Berbaloi Yang Ramai Tak Sedar

    Bagi edisi 2024, JAFF Market berjaya menarik lebih 6,700 pengunjung dari 19 negara, melibatkan 1,054 profesional berakreditasi, 151 reruai pameran dan 63 perjanjian perniagaan bernilai sekitar IDR 36 bilion. Melihat kepada momentum tersebut, penganjur menjangkakan peningkatan lebih besar untuk edisi 2025 selari dengan permintaan global terhadap kandungan Asia yang terus menunjukkan pertumbuhan kukuh.

    Sebagai cabang industri kepada Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) yang meraikan ulang tahun ke-20, JAFF Market meneruskan enam program utama yang memperkasa perkembangan industri:

    JAFF Future Project – ruang pembangunan projek dan bimbingan kreatif

    JAFF Content Market – pameran harta intelek dan peluang kerjasama perniagaan

    Talent Day – bimbingan dan jaringan industri untuk bakat baharu

    Film & Market Conference – sesi dialog dan agenda dasar industri

    Market Screening – lebih 150 tayangan eksklusif untuk pembeli dan pengedar

    Film Lab – program peningkatan kapasiti bagi memperkukuh projek dari aspek kreatif dan teknikal

    Kejayaan peserta JAFF Market 2024 terus membuktikan kekuatan platform ini dalam membuka laluan ke pasaran dunia. Antara pencapaian utama ialah pemilihan filem Pangku arahan Reza Rahadian ke program HAF Goes to Cannes di Marché du Film 2025, serta tiga IP, Bandits of Batavia, Jitu dan Locust, yang berjaya menembusi forum pitching di Cannes.

    Dengan pertumbuhan kandungan Asia yang semakin pesat, JAFF Market 2025 muncul sebagai saluran penting yang mengangkat karya pembikin filem Malaysia dan Asia melalui peluang kerjasama jangka panjang, akses pelaburan global dan jaringan industri yang meluas.

    Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2025, sila layari laman web rasmi JAFF di

    The post Kembali Dengan Skala Lebih Besar, JAFF Market 2025 Angkat Karya Penggiat Filem Asia Ke Pentas Antarabangsa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah