28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelly Azman Memastikan Hubungan dengan Ifa Raziah Masih Baik

    Shopee Sale



    Kelly Azman

    Selebriti versatil, Kelly Azman menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bermasam muka dengan usahawan dan selebiriti, Datuk Ifa Raziah.

    Nafi bermasam muka

    Kelly Azman

    Tampil menjawab dakwaan itu, Kelly menafikan khabar angin berkenaan dan berpendapat ia timbul hanya kerana dirinya tidak lagi mengacarakan festival raya yang dianjurkan oleh penyanyi tersebut iaitu Starvendors Mega Raya Festival pada tahun ini.

    Kata Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, selain menyanyi dia mencari rezeki sebagai pengacara secara ‘freelance’ dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Ifa.

    Cerita begini, saya ada dapat tawaran sebagai pengacara untuk beberapa festival raya. Jadi rasanya tak salah kalau saya nak cari satu kelainan untuk tahun ini.

    Saya masih boleh bekerjasama dengan pihak sana (Ifa), kita tak ada apa-apa masalah. Sebab bagi saya, kita datang dengan cara baik jadi biarlah kita pergi pun dengan cara baik. Tak ada gaduh.

    Kalau soal bayaran, ‘rate card’ kita sama sahaja walau di acara mana-mana pun. Jadi isu itu tidak timbul pun. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh bekerjasama lagi.

    Kelly berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 bersama artis Rusa Music dan MVM Production di Geno Hotel, Subang Jaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Naqiu Dedah 4 Kali Pujuk Joey Daud Sertai FD4 – ‘Bila Mereka Panggil Dia Sebagai Pelawak Saya Terluka, Sebab Dia Penyanyi Yang Bagus’

    Dalam pada itu, Kelly menegaskan hubungannya dengan Ifa masih dalam keadaan baik.

    Bila orang panggil bagi kerja, saya pergilah kalau tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain.

    Saya rasa Ifa pun lebih faham memandangkan dia seorang selebriti. Untuk saya, kalau sudah ada peluang rezeki tak kan lah kita nak tolak.

    Apa pun, memang tiada isu. Cuma saya nak angin baru sahaja. Hubungan saya dengan Ifa masih baik lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah