27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Naqiu Dedah 4 Kali Pujuk Joey Daud Sertai FD4 – ‘Bila Mereka Panggil Dia Sebagai Pelawak Saya Terluka, Sebab Dia Penyanyi Yang Bagus’

    Shopee Sale



    Peserta duo sepupu program Famili Duo 4 (FD4), Naqiu mendedahkan bukan mudah untuk memujuk pelawak dan pelakon Joey Daud untuk menjadi gandingannya.

    Pujukkan Naqiu

    Ketika ditemui , Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, pada mulanya dia enggan untuk menyertai program tersebut kerana berdepan dengan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu.

    Bagaimanapun, pelawak berusia 51 tahun itu menyifatkan pentas FD4 adalah platform terbaik untuknya kembali beraksi sebagai penyanyi.

    Pada asalnya saya tak mahu masuk ke mana-mana pertandingan, tapi setelah dipujuk saudara saya ini saya sahut cabaran.

    Saya tahu komitmen sebagai penyanyi, ianya sangat besar melibatkan mental dan fizikal. Saya pula sebenarnya ada masalah tonsil.

    Jadi Famili Duo kejutkan saya dari tidur. Saya pun bermula dengan nyanyian jadi apa salahnya sebelum tutup mata, saya kembali ke dunia nyanyian.

    Joey berkata demikian ketika ditemui pada sidang media minggu pertama FD4 yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

    Keistimewaan Joey

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Dalam pada itu, Naqiu turut menceritakan tentang kesukarannya untuk memujuk Joey menyertai FD4.

    Empat kali saya pujuk. Kali pertama pihak pengurusan saya sahaja, kali kedua saya bersama pihak pengurusan berjumpa dengan Joey, kali ketiga kami ada sedikit perbincangan tentang FD dan kali empat barulah ‘lock’.

    Semasa disoal apakah keistimewaan Joey, vokalis kumpulan Boboy tersebut berkata dia mahu generasi muda menghargai bakat besar sepupunya itu.

    Bila saya tengok budak-budak sekarang panggil nama Joey Daud sebagai pelawak saya sangat terluka sebab dia adalah seorang penyanyi yang sangat bagus dahulu.

    Saya mahu orang tahu sebelum menjadi pelawak dia adalah seorang penyanyi dan dia dididik oleh sifu M.Nasir. Itu menjadi tanggungjawab saya.

    Pasangan duo sepupu tersebut meraih tempat kedua dengan markah 59% pada minggu pertama FD4. Mereka mempersembahkan lagu medley Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak dan Sinaran nyanyian Sheila Majid.

    MENARIK:  Enot Nafi Buat Pembedahan Bariatrik – ‘Itu Namanya Tempah Maut, Saya Bekas Pesakit Kanser Perut Tak Boleh Usik’

    Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam Noor dan Mummy Mas Idayu.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).

    Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod  pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah RM100,000!

    Untuk musim terbaharu, selain Naqiu dan Joey (sepupu) lima pasangan lagu yang turut berentap adalah Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid dan Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok dan Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah dan Thamiera (sepupu).

    FD4 bermula 20 Oktober 2024 dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

    FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di http://www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    " data-video-id="7428046267407748368" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Replying to @Jejaka’Kumbang Takpe Joey, suara pun dah sedap, gunakan untuk menyanyi ????# #fyp #terkini #joeydaud #penyanyi #familiduo4 #naqiu #pujuk

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah