30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Uqasha Senrose Tampil Pertahankan Maruah Diri – ‘Kerana Dia, Aku & Anak Jadi Begini Teruk’

    Shopee Sale

    Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi mangsa fitnah oleh seorang individu di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Minta Ihsan Kalian Berhenti Post Pasal Kisah Silam Saya & Uqasha Yang Tidak Baik’ – Kamal Adli

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Backup Saya? Nanti Orang Kutuk’ – Uqasha Senrose DM Individu, Bimbang Terima Tempias Kecaman

    Uqasha difitnah

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Uqasha berkongsi tangkap layar komen seorang netizen yang mendakwa anaknya, Hawra Uqaira bukanlah anak kepada suaminya, Kamal Adli.

    Individu tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa kononnya Kamal hanya bertindak menutup maruah isterinya itu dengan mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitnah sebegini teruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini teruk.. Ya Allah kecewanya.

    Sebelum itu, Uqasha turut membalas komen tersebut dan menegaskan bahawa sekiranya benar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia tidak akan sanggup bertahan dalam perkahwinannya selama ini.

    Kalau nak jantan lain tak adalah sanggup bertahan? Dan ada nampak saya ada orang lain?

    Untuk info, pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharnaaz Ahmad & Azira Syafinaz Berbalas Komen Mesra Di IG Bikin Peminat Teruja – ‘Sweet Couple PKP Kami Kembali’

    Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

    Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.

    Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    Sumber: Instagram Uqasha Senrose

    The post Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Uqasha Senrose Tampil Pertahankan Maruah Diri – ‘Kerana Dia, Aku & Anak Jadi Begini Teruk’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah