Kemesraan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Azira Syafinaz kembali menjadi perhatian warganet selepas mereka diumumkan sebagai barisan duta bagi sebuah jenama fesyen tempatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Rasa Iri Hati, Sharnaaz Berhak Untuk Bahagia’ – Azira Shafinaz
Kembali mesra
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Sharnaaz dan Azira sedang memperagakan koleksi busana Aidilfitri daripada jenama fesyen berkenaan.
Namun, yang menarik perhatian warganet adalah gelagat dua selebriti itu yang saling berbalas di ruangan komen.
Pasangan PKP

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tersebut dilihat mengusik dan berseloroh dengan Azira meskipun warganet meminta aktres itu ‘lari’.
Bagaimanapun, rata-rata warganet teruja dan mengimbas kembali kisah hubungan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.
Terdahulu, timbul gosip yang mendakwa Sharnaaz dan Azira sedang bercinta selepas aktor itu memuat naik foto memeluk bahu aktres berkenaan di IG Story.
Selain itu, mereka juga kelihatan mesra dan saling berbalas komen dalam media sosial masing-masing.
Sumber: IG Sharnaaz Ahmad
The post [VIDEO] Sharnaaz Ahmad & Azira Syafinaz Berbalas Komen Mesra Di IG Bikin Peminat Teruja – ‘Sweet Couple PKP Kami Kembali’ first appeared on OHBULAN!.





