27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamal Adli Hanya Mengadu Pada Allah, Terus Berjuang Demi Rumah Tangga – ‘Tak Perlu Buka Aib Atau Burukkan Sesiapa’

    Shopee Sale

    Pelakon Kamal Adli terus tabah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina hampir lima tahun bersama isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Nasihat Tidak Perlu Campuri Urusan Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Senrose – ‘Kita Doa Yang Terbaik’

    Ujian daripada Allah

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menyifatkan pergolakan rumah tangganya sebagai ujian daripada Allah.

    Saya selalu pesan pada diri, orang kata lima tahun pertama dalam perkahwinan memang paling mencabar. Jadi saya anggap semua yang berlaku ini adalah ujian Allah untuk saya.

    Insya-Allah, saya yakin ada kebaikan di sebaliknya. Harap kebaikan itu bukan untuk saya seorang, tetapi untuk kami sebagai sebuah keluarga, untuk saya, isteri dan anak.

    Saya tak mahu orang salah faham, saya bukan nak raih simpati atau minta orang kasihan. Cuma sekarang, saya nak orang tahu bahawa saya tetap berjuang untuk keluarga.

    Saya bukan berperang untuk berpisah. Saya berperang supaya kami tak berpisah. Itu saja. Alhamdulillah, saya masih kuat dengan doa dan harapan itu.

    Kamal berkata demikian selepas selesai sidang media bagi drama Bahagia Yang Tertangguh yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, pada Rabu.

    MENARIK:  Siti Khadijah Tawarkan Perkhidmatan Sulaman Nama Percuma Sempena Ulang Tahun Ke-15, Koleksi Ramadan Dilancarkan

    Mengadu hanya pada Allah

    Dalam pada itu, Kamal memaklumkan bahawa segala masalah yang dihadapinya hanya diluahkan pada Allah tanpa memburukkan mana-mana pihak.

    Tambah Kamal, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.

    Sebenarnya tak ada tempat untuk saya mengadu atau bercerita tentang masalah dihadapi sekarang. Jadi, saya hanya luahkan semuanya kepada Allah.

    Sejak kecil mak ayah saya dah ajar apa pun yang kita rasa, cerita pada Allah dulu sebab hanya Dia yang faham.

    Itu yang saya amalkan sekarang. Sebab itu saya lebih memilih untuk diam, tak perlu buka aib atau burukkan sesiapa pun.

    Saya cuma harap orang di luar sana doakan yang terbaik untuk kami.

    Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

    The post Kamal Adli Hanya Mengadu Pada Allah, Terus Berjuang Demi Rumah Tangga – ‘Tak Perlu Buka Aib Atau Burukkan Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah