29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tahu Manisnya Kahwin, Dah Lama Saya Kahwin’ – Eyka Farhana

    Shopee Sale

    Selepas hampir tiga bulan melayari kehidupan sebagai isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana menyifatkan fasa perkahwinan sebagai detik paling indah dalam hidupnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kek Resepsi Eyka Farhana & Akhyar Rashid Di Pulau Langkawi Berharga RM3.5K

    Seronok alam perkahwinan

    Menerusi hantaran di platform Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, berkata, dia bersyukur dan tidak menyangka kehidupan berumah tangga membawa banyak ketenangan serta kebahagiaan.

    Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa yang terbaik untuk anda.

    Dalam hidup ini kena doa yang baik-baik untuk yang lain, jadi benda baik akan datang kepada kita.

    Dalam pada itu, Eyka turut berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa memohon doa yang baik kepada Tuhan agar segala urusan dipermudahkan.

    Doa yang baik untuk diri sendiri dan orang lain walaupun awak tak kenal satu sama lain tapi mendoakan baik-baik salah satu untuk kebaikan datang kepada kita. Dari mendoakan benda yang tak elok, baik kita perbaiki diri kita.

    Aktres berusia 30 tahun itu turut meluahkan rasa kurang senang dengan budaya segelintir individu yang gemar mengeluarkan kata-kata negatif terhadap orang lain, terutamanya dalam media sosial.

    Sejak akhir ini, saya nampak banyak sangat orang yang mendoakan benda yang tak sepatutnya. Kata-katakan satu doa. Jadi, selalu simpan dalam kepala sering buat baik kepada orang. Selalu juga cakap benda baik mengenai diri sendiri dan orang lain

    Imbas kembali, Eyka dan Akhyar selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 2 Mei lalu.

    MENARIK:  Vida Lantik Peguam, Mohon Ruang Untuk Selesai Isu Sita Secara Tenang & Profesional

    Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Sumber: Threads

    The post ‘Kalau Tahu Manisnya Kahwin, Dah Lama Saya Kahwin’ – Eyka Farhana first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah