Isu melibatkan sebuah program di sekitar Bukit Bintang baru-baru ini menarik perhatian pendakwah bebas terkenal, Muhammad Haris Ismail atau PU Riz.
PU Riz tampil memberikan penjelasan berhubung pandangannya, khususnya mengenai penganjuran acara yang didakwa mempunyai unsur kemaksiatan.
Artikel Berkaitan: ‘Acara Yang Mengandungi Unsur Pergaulan Bebas Adalah Haram’ – Dr Zulkifli Mohamad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Beri Pandangan Pempengaruh Cacah Tatu – ‘Tak Perlu Tunjuk Dosa, Carilah Allah Semula’
PU Riz berkeras kena cegah
View this post on Instagram
Menurut PU Riz, perkara seperti itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dicegah tanpa berlengah, selaras dengan tuntutan agama.
Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa sesiapa yang melihat kemungkaran, maka wajib baginya untuk mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan itulah selemah-lemah iman.
PU Riz menjelaskan bahawa prinsip tersebut menjadi asas utama mengapa setiap individu perlu memainkan peranan dalam mencegah perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya apabila berlaku secara terbuka dalam masyarakat.
Dalam masa sama, PU Riz, 30, turut menegaskan bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan adalah lebih dibenci oleh Allah SWT berbanding yang dilakukan secara tersembunyi.
Rasulullah SAW menyebut bahawa semua umatnya akan diampunkan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Justeru, kita perlu ada sifat malu dan tidak berbangga dengan perbuatan maksiat.
Tambah suami kepada Noor Neelofa, masyarakat juga diingatkan agar tidak terlalu mengejar keuntungan dunia sehingga mengabaikan soal akhirat, terutamanya dalam penganjuran program yang boleh mencetuskan kemungkaran.
Janganlah kerana keuntungan dunia, kita sanggup mengorbankan perkara yang melibatkan akhirat. Keseimbangan itu penting.
Menutup kenyataan, PU Riz menekankan bahawa kesejahteraan sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana masyarakatnya menjaga nilai serta menjauhi perkara yang dilarang.
Negara yang baik adalah negara yang menjaga nilai dan menjauhkan kemungkaran. Dari situlah datangnya keberkatan dalam kehidupan.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Kita Perlu Ada Sifat Malu & Tidak Bangga Dengan Perbuatan Maksiat’ – PU Riz first appeared on OHBULAN!.





