28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis GSF yang ditahan dibawa ke pantai Greece

    Shopee Sale

    GLOBAL | Aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan akan dibawa ke pantai Greece dalam tempoh beberapa jam akan datang, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Menteri Luar Israel Gideon Saar.

    Dalam kenyataan di platform X, Saar berkata langkah itu dibuat “dengan penyelarasan kerajaan Greece” selepas tentera Israel memintas flotila itu di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete.

    Dia mendakwa Israel menyekat percubaan untuk memecahkan sekatan lautnya ke atas Gaza dan menghalang kapal-kapal berkenaan daripada sampai ke wilayah itu.

    Dia juga mendakwa semua peserta yang dibawa keluar dari kapal terbabit “tidak mengalami kecederaan” serta telah dipindahkan ke sebuah kapal Israel sebelum dihantar pulang.

    Flotila itu ialah sebahagian daripada misi Spring 2026 Global Sumud Flotilla dan berlepas dari Sicily, Itali, pada Ahad dengan membawa bantuan kemanusiaan bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

    Menurut pegawai flotila, kapal-kapal berkenaan membawa 345 peserta dari 39 negara.

    MENARIK:  Pemuda MCA: Kenapa pelajar CGPA 4.0 tak dapat masuk universiti awam?

    Terdahulu pada Khamis, Jawatankuasa Antarabangsa bagi Memecahkan Kepungan Gaza berkata Israel telah “menculik dan menahan secara tidak sah” antara 178 hingga 180 aktivis selepas menyerang 22 kapal dalam flotila itu.

    Jawatankuasa itu menganggap Greece “bertanggungjawab secara langsung” memandangkan serbuan itu berlaku dalam lingkungan maritimnya, selain menggesa Athens supaya bertindak segera bagi memastikan keselamatan kapal-kapal berkenaan dan mencegah serangan lanjut.

    Setakat ini, belum ada ulasan segera daripada pihak berkuasa Greece sama ada serbuan Israel yang dilakukan di perairan antarabangsa berhampiran had wilayah Greece itu dibuat dengan pengetahuan Athens atau sebaliknya.

    Misi semasa itu merupakan inisiatif kedua oleh Global Sumud Flotilla selepas percubaan pada Sept 2025 yang berakhir dengan tindakan Israel juga memintas kapal di perairan antarabangsa dan menahan ratusan aktivisnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah