Tentera Israel menyerang flotila bantuan yang menuju ke Semenanjung Gaza dan menahan lebih 180 aktivis di perairan antarabangsa, kira-kira 500 batu nautika (926 kilometer) dari wilayah Palestin, menurut ketua jawatankuasa yang menganjurkan pelayaran itu.
“Flotila Kebebasan dan Global Sumud menjadi sasaran satu tindakan lanun sepenuhnya oleh tentera entiti Zionis di laut terbuka, di perairan antarabangsa dan pada jarak 500 batu nautika dari wilayah Palestin yang diduduki serta dari Semenanjung Gaza,” kata Youssef Ajisa kepada Anadolu Ajansi.
Dia berkata, Israel melancarkan serbuan pada waktu malam “bagi menutup liputan media terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan” berkenaan.
“Lebih 180 aktivis ditahan dan dibawa ke pelabuhan Ashdod di wilayah yang diduduki,” katanya.





