29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Azar Azmi Kembali, Kita Sambut’ – Hafreez Adam

    Shopee Sale

    Pelakon Hafreez Adam mendoakan yang terbaik buat rakan baiknya, Azar Azmi, yang dikatakan menghilangkan diri dari industri hiburan sejak beberapa tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Jurusolek Jumpa Azar Azmi Secara Kebetulan, Hampir Menangis Dengar Kisah Hidup – ‘Dia Cerita Kenapa Hilangkan Diri’

    Artikel Berkaitan: Anak Saudara Dedah Azar Azmi ‘Resign’ Dari Berlakon, Nafi Sudah Berkahwin – ‘Masa Raya Atau Kenduri Je Dia Muncul’

    Tak berhubung dengan Azar

    Ketika ditemui , Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan pelakon, Azar adalah beberapa tahun lalu. 

    Walaupun masih berusaha untuk menghubungi, namun Hafreez tidak menerima sebarang maklum balas daripada sahabat baiknya itu.

    Saya last contact dia tahun 2021 atau 2022. Lepas waktu dia hilang tu memang dia tak reply saya langsung. Saya masih lagi contact dia cuma bila saya mesej tu dia tidak berjawab. 

    Namun begitu, Hafrez menghormati keputusan aktres itu yang mungkin memerlukan ruang dan masa untuk dirinya sendiri.

    Saya rasa mungkin dia memerlukan masa untuk diri sendiri. Kalau ikutkan, bukan sebagai kawan sahaja tetapi sebagai manusia pun, untuk sesiapa sahaja walaupun saya kenal atau tidak, orang tu memerlukan ruang sendiri, kita patut menghormati dia.

    Hafreez berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

    MENARIK:  Nak Lemang Sedap? Ini Cara Pilih Yang ‘Confirm’ Berbaloi!

    Dalam pada itu, pelakon drama Raisha 2 ini tidak menolak kemungkinan bahawa tekanan dalam dunia hiburan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

    Justeru, tidak mustahil ada dalam kalangan penggiat seni memilih untuk mengambil masa dan ruang bagi ‘berehat’ seketika daripada sorotan industri.

    Sebab tu la saya cakap, mungkin setengah orang penat dengan dunia ni. Maksud saya adalah, dalam dunia hiburan. 

    Kita semua tahu dunia ini ada banyak tekanan yang tersendiri dan mungkin after few year dia rasa macam dunia hiburan ini bukanlah dunia dia sebab itulah dia keluar untuk mencari ruangnya sendiri. 

    Tak bermakna dia fade up, mungkin dia memerlukan ruang untuk berehat sahaja dan kita tak tahu bila yang dia akan kembali semula dalam dunia lakonan.

    Meskipun sudah tidak berhubung, Hafreez menitipkan doa agar sahabatnya itu berada dalam keadaan baik walau di mana pun dia berada.

    Kalau dia ada niat untuk kembali, sebagai peminat atau kawan kawan, kita sambut sahaja. Hopefully dia okay sahajalah sekarang ni.

    The post ‘Kalau Azar Azmi Kembali, Kita Sambut’ – Hafreez Adam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah