28 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’

    Shopee Sale

    Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) bukan saja meriah dengan sorakan peminat namun turut dihangatkan dengan satu momen yang meraih perhatian netizen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astilah Bagi ‘Pickup Line’, Syed Saddiq Tergamam – ‘Kopi Pahit, Tapi Kisah Kita Yang Manis’

    Keadaan janggal

    Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, tampil sebagai penyampai anugerah, dilihat agak janggal sewaktu mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat, yang dimenangi oleh aktres jelita Sophia Albarakbah.

    Riak wajah dan bahasa badan kedua-duanya juga nampak tidak selesa.

    Selain itu, Bella dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi janggal ketika menyerahkan trofi kepada Sophia di atas pentas.

    Huh… yang ini saya kenal saya… Sophia.

    Bella berkata demikian pada malam berprestij Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2025) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

    MENARIK:  Atikah Suhaime Ada Sebab Kahwin Lambat

    Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari 2023.

    Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.

    Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

    The post [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah