32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kael ‘Dibuang’ Keluarga Kandung Sejak Kecil, Ditinggalkan Di Hentian Bas – ‘Terpaksa Tidur Atas Kotak’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Kael, mendedahkan pengalaman sukar yang pernah dilaluinya ketika kecil apabila ditinggalkan keluarga kandung sejak berusia sembilan tahun.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhasrat Untuk Nikahi Engku Sulwani’ – Kael Sedia Tukar Agama, Sedang Pelajari Islam

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kael Usung Emosi & Ketulusan Cinta Menerusi ‘Angkasa’

    Ditinggalkan bapa kandung

    Ketika ditemui , Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien Er mendedahkan bahawa dia dibesarkan oleh bapanya selepas ibu kandungnya menghidap masalah kesihatan mental. 

    Namun, satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku apabila bapanya meninggalkannya seorang diri selama dua minggu di hentian bas.

    Awalnya saya dibiarkan tidur di hentian bas di Petaling Street seorang diri sebelum ayah datang semula dua minggu kemudian bersama ibu tiri saya.

    Tambah pelantun lagu Angkasa ini lagi, ketika itu dia masih kecil dan tidak memahami situasi sebenar yang berlaku.

    Saya tak tahu apa-apa mungkin dia sedang cari kerja dan mempunyai masalah kewangan ketika itu.

    Kami selalu bertukar motel dan beberapa bulan akan dihalau orang. Tak silap selepas dua atau tiga motel kami duduk dia keluar dan tak pulang, saya ditinggalkan seorang diri.

    Selepas ditinggalkan di motel sendirian, Kael dihalau oleh pemilik tempat itu sehingga dia akhirnya terpaksa berdikari.

    Pemilik motel itu halau dan saya menumpang tidur bersama pekerjanya di atas kotak dan tilam nipis. Saya juga merayap seorang diri selama setahun.

    Dia kemudian dipertemukan dengan seorang wanita yang mengambilnya sebagai anak angkat.

    MENARIK:  Jack Tan Luah Rasa Gembira Bakal Bergelar Bapa – ‘Saya Tidak kisah Pasal Jantina, Yang Penting Bayi Sihat’

    Namun selepas setahun, keluarga tersebut berdepan dengan masalah kewangan sehingga membuatkan Kael dihantar ke pusat perlindungan Yayasan Sunbeams Home, Kuala Lumpur.

    Wanita itu selalu makan di bawah kedai motel saya, dia bawa saya bertemu rakan dia dan selamatkan hidup saya.

    Sebab rakannya bawa saya balik rumah, dan sampai hari ini saya sangat berterima kasih kepada dia kalau tiada dia saya tak akan pergi ke rumah anak yatim dan hidup di jalanan.

    The post Kael ‘Dibuang’ Keluarga Kandung Sejak Kecil, Ditinggalkan Di Hentian Bas – ‘Terpaksa Tidur Atas Kotak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah