Pelakon, Jack Tan meluahkan rasa teruja untuk bergelar seorang bapa apabila mengetahui isterinya hamil dan bakal menimang cahaya mata Disember ini.
Artikel Berkaitan: Jack Tan & Nabila Razali Bersatu Dalam Siri Mini Mekdi Penuh Emosi
Teruja

Ketika ditemui , Jack berkata walaupun gembira mengetahui berita itu namun terselit rasa gementar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya bergelar seorang bapa.
Apabila pertama kali mahu menjadi bapa, sudah tentu tidak banyak yang saya tahu tetapi saya selalu cari ilmu pengetahuan daripada Youtube selain daripada rujuk dengan pakar.
Saya rasa teruja tetapi nervous pun ada juga sebab ini adalah pengalaman pertama saya.
Jack berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri mini drama Senyuman di Kuala Lumpur pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai jantina anak, pelakon filem Abang Adik itu menyatakan bahawa dia tidak terlalu mementingkan jantina, sebaliknya lebih mengutamakan kesihatan bayi.
Bagi saya, saya tidak kisah sangat pasal jantina. Yang penting, bayi itu sihat.
Kelengkapan untuk keperluan bayi juga saya sudah beli sedikit demi sedikit.
Ada juga yang beri hadiah dan menaja barangan bayi.
Jelasnya, walaupun sudah bergelar seorang bapa pada masa hadapan, Jack berharap dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
Kalau seseorang itu merupakan star atau idol, mereka jenis yang tidak berkongsi tentang kehidupan di media sosial.
Saya sangat terbuka untuk berkongsi kehidupan saya pada umum. Saya bukan seorang yang berahsia tetapi jarang gunakan media sosial.
The post Jack Tan Luah Rasa Gembira Bakal Bergelar Bapa – ‘Saya Tidak kisah Pasal Jantina, Yang Penting Bayi Sihat’ first appeared on OHBULAN!.





