30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johan Hantar Sodiq & Haziq Masuk Rumah Anak Yatim, Mahu Didik Tentang Erti Syukur

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn mendedahkan pernah menghantar anak kedua mereka, Ahmad Sodiq Hanania ke sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim sebagai langkah mendidik tentang erti perkongsian dan rasa syukur.

    Artikel Berkaitan: Terpalit Gosip Murahan, Ozlynn Kesian Anak-Anak Kena Tempias – ‘Doa Orang Yang Dianiaya Atau Difitnah InsyaAllah Makbul’

    Didik jadi insan lebih baik

    Johan, 41, berkata tindakan tersebut dibuat selepas menyedari sikap Sodiq yang tidak gemar berkongsi barangan miliknya, termasuk dengan adik-beradik sendiri.

    Sodiq memang tidak suka berkongsi, malah dengan adik-beradik dia sekali pun. Jadi keputusan yang saya buat adalah menghantar dia ke rumah anak yatim.

    Dia tak suka berkongsi barang termasuk pakaian, makanan dan barang-barang lain. Orang lain langsung tak boleh guna barang dia.

    Johan berkongsi perkara itu menerusi satu video temu bual di TikTok Borak SeeNi.

    Menurut penyampai radio Hot FM itu, keputusan tersebut bukanlah satu hukuman fizikal, sebaliknya bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran kepada anaknya.

    Dalam pada itu, Johan turut memaklumkan seorang lagi anak mereka, Haziq dihantar bersama Sodiq ke rumah kebajikan berkenaan selama tiga hari bagi menjalani pengalaman tersebut.

    MENARIK:  ‘Selamat Hari Lahir Sayang!’ – Riena Diana Kagum Lihat Cara Keith Foo Layan Anak

    Sementara itu, Ozlynn menjelaskan pengalaman tinggal di rumah kebajikan itu memberi kesan mendalam kepada anak-anaknya agar lebih menghargai sesuatu perkara.

    Pengurus rumah anak yatim tanya kami kenapa hantar anak ke sini. Saya jawab kerana anak-anak saya tidak suka berkongsi dan tidak suka makan bekas orang lain.

    Bila kami hantar mereka ke rumah anak yatim, barulah mereka sedar ada perkara yang perlu dikongsi.

    Di rumah anak yatim, mereka perlu makan beramai-ramai dalam talam. Kami mahu Sodiq belajar bersyukur dengan rezeki yang dimiliki.

    Anak-anak di sana tiada ibu bapa, tiada tempat mengadu. Sedangkan anak-anak kami masih ada ibu bapa. Itu yang kami mahu ajar tentang menghargai.

    Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post Johan Hantar Sodiq & Haziq Masuk Rumah Anak Yatim, Mahu Didik Tentang Erti Syukur first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah