
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam mengakui terkejut apabila netizen sering mempersoalkan teknik masakan isterinya, Dewi.
Kalut sangat

Menerusi muat naik di Instagram Story, Jofliam berkongsi Dewi menghidangkan lauk sardin dan telur masak kicap kepadanya.
Bagaimanapun, hidangan telur masak kicap mendapat perhatian netizen selepas melihat masakan itu diletakkan daun kari.
Saya agak terkejut orang kalut persoal isteri saya letak daun kari dalam telur kicap.
Jarang terdedah dengan dunia luar agaknya.
Letak daun kari sedap, terus masakan rasa ala-ala masakan kam heong.
Berang dengan perkara itu, Jofliam menitipkan pesanan buat orang ramai supaya tidak cepat melatah apabila tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara.
Sebab itu kalau ada benda yang kita tidak tahu, baik senyap dan jangan banyak complaint.
Kehidupan bukan pasal kita je. Banyak je benda baru kita boleh belajar.
Sebelum ini, Jofliam sering berkongsi video masakan pemilik nama Emira Delyati Dewi di media sosial namun ia menjadi topik terhangat dalam kalangan netizen.
Selepas melihat perkongsian Jofliam, netizen mendakwa Dewi tidak mempunyai kemahiran dalam memasak.





