32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jimin BTS Naik Pangkat Sebagai Askar Elit, Dinobat Sebagai Pelatih Terbaik Sepanjang Latihan Ketenteraan

    Shopee Sale



    Satu pencapaian membanggakan buat anggota kumpulan BTS iaitu Jimin apabila dilaporkan telah menerima kenaikan sebagai askar elit selepas hanya beberapa bulan menjalani latihan ketenteraan.

    Jimin naik pangkat

    Memetik laporan portal AllKpop, Jimin juga difahamkan turut dinobatkan sebagai pelatih tentera terbaik selepas menerima Anugerah Komander Divisyen.

    Anugerah itu diberikan atas kesungguhan serta dedikasinya ketika menjalani latihan ketentaraan.

    Sampaikan mesej buat peminat

    Sementara itu, Jimin sempat menghantar mesej memaklumkan keadaannya kepada peminat menerusi laman Weverse.

    Jelas Jimin, keberadaan seorang lagi anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook telah membuatkannya berasa sungguh tenang sepanjang latihan ketenteraan.

    Hampir sebulan saya tak berbual dengan kamu semua. Terasa lama di sini tetapi disebabkan adanya Jungkook, saya rasa masa itu berlalu dengan pantas.

    Kami sentiasa berbual bersama ahli kumpulan lain dengan menggunakan telefon awam.

    Kami juga nak anda tahu bahawa kami sedang berkerja keras sepanjang dalam kem dan akan sentiasa memberikan semangat kepada satu sama lain.

    Sekadar info, Jimin dan Jungkook yang kini sedang menjalani latihan ketenteraan bermula pada Disember tahun lalu dijangka akan menamatkan latihan tersebut pada Jun tahun hadapan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Kena Tempias Isu Konten Hilang Di Hutan Indonesia’ – Anna Jobling Beri Nasihat Jaga Nama Baik Malaysia

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah