29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jawi bantah festival muzik Rain Rave, anjur solat hajat serentak

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membantah penganjuran program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur yang dilihat berpotensi membawa kepada kemudaratan akhlak serta keruntuhan nilai masyarakat.

    Sambil menyatakan kekesalan jabatan itu terhadap peranancangan acara hiburan berkenaan pengarahnya, Hanifuddin Roslan, mendesak penganjur supaya mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini .

    "Jawi menyatakan kekesalan terhadap penganjuran program terbabit dan berharap pihak penganjur dapat menilai semula konsep pelaksanaannya dan cakna terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya

    "Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, namun hiburan tersebut hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Hanifuddin berkata, bantahan itu turut disokong oleh pendirian Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan Bayan Linnas Siri Ke-351.

    MENARIK:  Penerbangan di Asia naik harga susulan perang Amerika-Iran

    Sebagai langkah susulan, katanya, Jawi akan menganjurkan bacaan Yassin dan solat hajat serentak di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selepas solat Maghrib hari ini.

    Majlis tersebut bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keharmonian hidup warga Wilayah Persekutuan serta rakyat Malaysia secara amnya.

    Tambah Hanifuddin, Jawi juga akan meneruskan pelaksanaan program keagamaan melalui kuliah, ceramah, forum, dan kempen di media sosial berkaitan kepentingan mematuhi perintah Allah serta menjauhi program berunsur maksiat.

    Dia turut memohon kerjasama semua pihak bagi memastikan sebarang program hiburan tidak mempunyai unsur yang menjejaskan kesucian agama dan akhlak masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah