33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Influencer 7 Negara ‘Turun Gelanggang’, Acara Tinju Di Dubai Bakal Cipta Sejarah

    Shopee Sale

    Satu lagi fenomena baharu bakal tercipta apabila pempengaruh media sosial atau influencer dari tujuh negara bakal berentap dalam acara All Star Championship: Dubai Edition di Dubai pada 3 Mei ini.

    Artikel Berkaitan: Fareez Fauzi Kurang Terima Tawaran, Nekad Sertai Sukan Tinju – ‘Asal Halal, Saya Sanggup’

    Artikel Berkaitan: All Star Championship 2025 Pertaruh 12 Pertarungan, Hadiah RM270,000 Jadi Rebutan

    ‘Perlawanan influencer pertama’

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia apabila menggabungkan elemen tinju dengan pengaruh media sosial.

    Ini adalah perlawanan influencer pertama di dunia. Kita himpunkan peserta dari pelbagai negara untuk bertanding dalam suasana kompetitif tetapi masih mengekalkan semangat kesukanan.

    Pada masa sama, ia membuka peluang kepada influencer untuk keluar daripada zon selesa dan membuktikan kemampuan mereka dalam bidang baharu.

    Pertandingan yang akan berlangsung di Round 10 Boxing Club itu menghimpunkan 16 influencer dari Rusia, Maghribi, Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Jepun dalam satu platform kompetitif berkonsepkan sukan.

    Kena jalani latihan empat bulan

    Menurut Abd. Rahman, setiap peserta dipilih berdasarkan kesesuaian fizikal, karakter serta kesediaan menjalani latihan intensif sebelum bertanding.

    Pemilihan bukan sekadar populariti, tetapi kita melihat keserasian, disiplin dan semangat untuk bertanding agar perlawanan menjadi seimbang.

    Gabungan faktor ini penting bagi memastikan setiap pertarungan memberi impak dan pengalaman terbaik kepada penonton.

    Katanya, semua peserta diwajibkan menjalani latihan selama empat bulan selain perlu menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh persediaan.

    Kalau tiada disiplin dan usaha, ia bukan pertandingan. Kita mahu perlawanan yang berkualiti dan kompetitif.

    Sebab itu, setiap peserta perlu konsisten dalam latihan dan menunjukkan perkembangan yang jelas sebelum dibenarkan naik ke gelanggang.

    Dalam pada itu, Abd. Rahman menegaskan bahawa aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan utama memandangkan acara tersebut melibatkan peserta antarabangsa.

    Setiap peserta perlu melepasi pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah dan rekod perubatan yang diluluskan pihak berkuasa berkaitan sebelum dibenarkan bertanding.

    Keselamatan bukan perkara yang boleh dikompromi kerana ia melibatkan risiko fizikal serta tanggungjawab kami sebagai penganjur.

    Semua prosedur dipatuhi sepenuhnya termasuk kehadiran doktor dan pasukan kecemasan sepanjang acara berlangsung. Ini bagi memastikan sebarang situasi dapat ditangani dengan segera dan profesional,” jelasnya.

    Bagi kategori wanita, penggunaan pelindung muka serta sarung tangan khas turut diwajibkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.

    Mengulas lanjut, Abd. Rahman berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan termasuk menilai keadaan semasa lokasi sebelum acara berlangsung.

    Saya sendiri akan ke Dubai lebih awal untuk memastikan semuanya selamat. Jika tidak, kita tidak akan teruskan.

    Peserta adalah tanggungjawab kami dan keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan.

    Peminat sukan tinju boleh membeli tiket menyaksikan perlawanan pempengaruh kegemaran mereka menerusi laman sesawang www.allstarinfluencers.com.

    MENARIK:  Dalam Sibuk Kemas Rumah, Ramai Tak Sedar ‘Benda’ Ini Paling Bernilai! Iklan Raya IJM Land Ini Relate Habis

    The post Influencer 7 Negara ‘Turun Gelanggang’, Acara Tinju Di Dubai Bakal Cipta Sejarah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah