Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil bersuara susulan acara yang diadakan secara besar-besaran yang melanggar syariah Islam.
Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Perjelas Isu Umat Islam Ikuti Aktiviti ‘Secret Santa’ – ‘Sarankan Agar Minta Pengecualian Dari Majikan’
Artikel Berkaitan: Penuhi Jemputan Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Posting Dr Zulkifli Undang Komen Netizen – ‘Terselit Gambar Amira Othman Sekali’
Membuka pintu fitnah
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zulkifli Al-Bakri menegaskan bahawa sebarang acara yang mengandungi pergaulan bebas adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
Tambahnya, hukum bagi acara yang melanggar syariah adalah haram bagi umat Islam turut serta.
Saya menegaskan bahawa sebarang bentuk acara yang mengandungi unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, serta melibatkan maksiat atau membuka pintu fitnah adalah diharamkan dalam Islam.
Ini termasuklah pesta, konsert, majlis yang menggalakkan campur gaul tanpa batasan syarak, di samping aktiviti hiburan yang melalaikan daripada ibadah serta mencemarkan nilai-nilai murni Islam.
Difahamkan, Zulkifli Al-Bakri turut menjalankan kajian berhubung penganjuran acara yang dilakukan secara terbuka dan jelas melanggar syariah sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Saya sedang siapkan kajian khas berkenaan perkara tersebut. Insya-Allah akan disiarkan secepat mungkin.
Sumber: Threads @drzulkifli.albakri
The post ‘Acara Yang Mengandungi Unsur Pergaulan Bebas Adalah Haram’ – Dr Zulkifli Mohamad first appeared on OHBULAN!.





