Penyanyi, Amira Othman akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung, sekali gus menjawab spekulasi yang berlegar sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Drama & Doakan Kesejahteraan Orang Yang Tak Suka Dia’ – Usahawan Puji Personaliti Amira Othman
Hamil 30 minggu

Amira, 33, berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu menunggu waktu yang dirasakan sesuai.
Alhamdulillah, saya ingin kongsikan bahawa sekarang saya sedang hamil. Usia kandungan kini sudah mencecah 30 minggu dan perut saya pun sudah tidak boleh disorok lagi.
Sebelum ini saya tidak menghebohkan perkara ini kerana menunggu masa yang sesuai. Saya tepati janji saya, dan sekaranglah waktu yang tepat.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran The Next Chapter Rissa Skin X Amira Othman di Hotel Concorde, Shah Alam, pada Khamis.
Dalam pada itu, Amira turut memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan sehingga menjelang kelahiran nanti.
Mohon semua doakan agar saya dan bayi dalam kandungan ini sihat dan selamat dilahirkan. Insya-Allah, saya dijangka bersalin pada hujung Jun atau awal Julai ini.
Soal jantina, saya masih belum tahu kerana belum membuat imbasan. Apa sahaja jantina, saya dan suami terima dengan penuh kesyukuran asalkan bayi sihat.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Hati-Hati itu meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.
Dalam masa sama, Amira menegaskan dia akan terus aktif bekerja selagi kesihatannya mengizinkan.
Selagi ada rezeki dan saya mampu, saya akan terus bekerja. Saya hanya akan berehat ketika tempoh berpantang nanti.
Sementara itu, suaminya, aktor Fattah Amin turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Saya sangat bersyukur kerana bakal menimang cahaya mata. Soal jantina tidak penting, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan urusan bersalin dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi perhatian apabila penampilannya yang didakwa jelas menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini.
Bagaimanapun, Amira ketika itu memilih untuk tidak mengulas lanjut, sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.
The post [VIDEO] Amira Othman Bakal Jadi Ibu – ‘Saya Sedang Hamil, Usia Kandungan 30 Minggu’ first appeared on OHBULAN!.





