30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Kena Tempias Isu Konten Hilang Di Hutan Indonesia’ – Anna Jobling Beri Nasihat Jaga Nama Baik Malaysia

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Anna Jobling memberi pandangan berhubung isu beberapa orang pempengaruh yang didakwa membuat berita palsu mengenai kehilangan rakan mereka di Indonesia, baru-baru ini.

    Belajar dari kesilapan 

    Ketika ditemui , Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berkata dia sama sekali tidak terkesan dengan isu tersebut namun berpendapat kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku.

    Sejujurnya saya tidak merasakan yang saya terkena tempias berkenaan isu itu, cuma saya hanya boleh beri nasihat.

    Tetapi saya pasti mereka akan belajar dari kesilapan masing-masing, insya-Allah.

    Anna berkata demikian di sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA24)  yang berlangsung pada Ahad.

    Nasihat Anna 

     

    View this post on Instagram

    A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

    Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus tersebut mengakui bukan mudah untuk melebarkan sayap ke negara seberang.

    Justeru, Anna menasihati mereka supaya tidak mencemar nama baik negara dengan konten yang tidak bermanfaat selain perlu menghargai peminat di sana.

    Jika ditanya tentang tujuan ke sana sebagai seorang pencipta kandungan saya tidak tahu. Tetapi saya sebagai seorang pelakon saya tahu apa yang saya inginkan.

    Sebenarnya nak ke Indonesia sangat susah, jadi kalau dapat peluang itu peganglah ia  sebaiknya. Jaga diri, jaga nama Malaysia sebaik mungkin dan jangan ambil kesempatan.

    Kita perlu jaga diri bukan di sana sahaja tetapi di sini juga. Kalau ada peminat, jagalah mereka baik-baik.

    Terdahulu, seorang pempengaruh telah ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.

    MENARIK:  Kilafairy Masih Merasakan Kesedihan Tanpa Raya Tahun Ini Setelah Kepergian Ibu Tercinta

    Mereka kemudian didakwa dengan sengaja melakukan melaporkan berita palsu berhubung kehilangan tersebut.

    Walau bagaimanapun, spekulasi berkenaan terjawab selepas pihak polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan mereka adalah lakonan dan rekaan semata-mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah