32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Hilang Ingatan, Suami Buat Kejutan ‘Kahwin Semula’ Demi Kenangan – ‘Cincin Yang Sama, Orang Yang Sama’

    Shopee Sale

    Tindakan seorang lelaki membahagiakan isterinya dengan membuat kejutan dan mengadakan semula majlis perkahwinan mereka telah mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Tular Video Suami Isteri Korban Lemas Sungai Korok Jual Roti Canai Murah – ‘Yang Penting Dapat Teruskan Kehidupan’

    Artikel Berkaitan: Selalu Berjauhan Dengan Suami, Eyra Hazali Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jujur Dengan Pasangan & Komunikasi Itu Penting’

    ‘Kahwin semula’

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di akaun Threads Storiemy, lelaki tersebut memaklumkan bahawa majlis ringkas itu diadakan hanya sebagai simbolik bagi menghidupkan kembali memori isterinya yang hilang selepas terlibat dalam sebuah kemalangan.

    Saya nak ‘kahwin’ sekali lagi dengan isteri saya. Kira-kira lapan tahun lalu, dia kemalangan dan kehilangan memori.

    Dia lupa anak-anak, malah dengan saya sendiri pun dia lupa.

    Bila isteri tak ingat saya, saya sangat risau. Tidak ada yang boleh digambarkan apabila kehilangan orang yang kita sayang.

    Anak-anak masih kecil, jadi saya kena kuat. Ini tanggungjawab, apa-apa halangan kita kena harungi, jangan lari dari masalah.

    Yang penting, hidup kita ada tujuan.

    Lelaki tersebut dilihat turut membuat persiapan bersama anak-anak dan menyediakan sebentuk cincin yang pernah disarung di jari manis isterinya sewaktu pernikahan mereka dahulu.

    Saya sediakan cincin, cincin nikah kami dulu. Cincin yang sama, sebab orang yang sama.

    Disebabkan kemalangan itu, jarinya makin kurus.

    Hari ini saya nak buat kejutan, nak bagi dia seronok dan nak kembalikan memori yang sudah hilang.

    Selepas menyarung cincin, lelaki tersebut meluahkan bahawa dia amat mencintai wanita itu dan berterima kasih kerana kehadirannya di sisi sebagai isteri.

    Sehingga hari ini, saya nak bagi hati saya untuk dia.

    Inilah bukti yang saya sayangkan awak. Terima kasih jadi isteri yang mencintai dan solehah.

    Tidak dapat menahan sebak, wanita itu terharu dan menghargai segala jasa serta pengorbanan suami yang tetap setia menjaganya walau dalam juga keadaan.

    Terima kasih sebab terima saya seadanya. Terharu saya.

    Terima kasih sebab jaga saya selama ini, terima kekurangan, walaupun saya tak sempurna.

    Masa awal-awal sedar dari koma, saya tak kenal suami. Dia menjaga saya sebaiknya.

    Maknanya saya tak silap pilih dia sebagai suami saya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Sopan Layan Peminat Warga Emas, Netizen Puji Tak ‘Fake’ – ‘Macam Mana Boleh Benci Orang Sebaik Ini?’

    The post [VIDEO] Isteri Hilang Ingatan, Suami Buat Kejutan ‘Kahwin Semula’ Demi Kenangan – ‘Cincin Yang Sama, Orang Yang Sama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah