Ketibaan bulan Rejab bukan sekadar pertukaran kalendar Hijriah, malah ia membawa khabar gembira buat para pencinta ibadah. Bulan Rejab juga hadir sebagai medan latihan spiritual sebelum kita melangkah masuk ke bulan Syaaban dan kemuncaknya, bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Isu Guna iPhone Di ABPBH 37 – ‘Sebenarnya Ia Pemberian Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Tak Tunggang Isu Gaza – ‘Lagu Itu Dicipta Sebelum Kami Tahu Tentang GSF’
Amalan bulan Rejab

Menerusi hantaran di laman Threads, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani atau nama lengkapnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, berkongsi antara amalan yang boleh dilakukan semasa malam hari pertama bulan Rejab.
Tak lama lagi kita nak masuk bulan Rejab, antara bulan haram (mulia) dalam kalendar Islam.
Apa ulama anjurkan malam pertama Rejab? Taubat, istighfar dan banyakkan berdoa (sebab Imam Syafie kata antara malam mustajab doa adalah pada malam pertama bulan Rejab).
Sementara itu, untuk amalan sepanjang bulan Rejab pula, Hazwani berkata, ulama menekankan tentang beberapa perkara.
Kawal dosa dan banyakkan amalan sebab pahala akan dilipatgandakan pada bulan Rejab dan dosa pun akan dilipatgandakan.
Boleh banyakkan berpuasa. Boleh puasa sunat biasa (Isnin/Khamis, ayyamul bidh).
Boleh banyakkan baca doa ini: Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha’ban wa ballighna Ramadan’
Maksudnya: Ya Allah, berkati kami pada bulan Rejab dan syaaban dan sampaikan kami pada bulan Ramadan.
Sumber: Threads Hazwani Helmi
The post Jangan Terlepas Malam Mustajab Doa, Hazwani Helmi Kongsi Manisnya Ibadah Di Bulan Rejab first appeared on OHBULAN!.





