28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Suspek Tembakan KLIA 1 Mengalami Trauma yang Mendalam, Pengawal Peribadi Perlu Memberikannya Sokongan – ‘Berdoalah untuk Kesembuhan Along’

    Shopee Sale



    Isteri kepada suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie akhirnya bersuara mengenai kejadian tersebut.

    Masih trauma

    Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Farah memohon maaf kerana tidak sempat untuk membalas hantaran mesej dari beberapa pihak kerana dirinya masih trauma dengan insiden yang berlaku.

    Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata.

    Farah turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri selepas terkena tembakan tempoh hari.

    Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama-sana kita doakan kesembuhan Along agar sihat sedia kala.

    Dalam pada itu, Farah memaklumkan dirinya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian yang berlaku selepas dinasihati oleh peguamnya.

    Terdahulu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan di KLIA Terminal 1 dengan salah satu daripadanya dilaporkan terkena seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada isterinya.

    MENARIK:  ‘Pelakon Lain Road To Oscar Tapi Saya Nak Road To Jannah’ – Ashraf Muslim

    Pengawal peribadi tersebut ketika ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya.

    Sementara itu, polis Perlis melaporkan pihak mereka ketika ini sedang meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di lorong-lorong tikus bagi memastikan suspek tidak meloloskan diri ke luar negara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah