28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irene Catalina Akui Sukar Nyanyi Lagu Raya, Ambil Dua Bulan Cari ‘Mood’ – ‘Selalu Cover, Sekarang Dah Faham’

    Shopee Sale

    Penyanyi Irene Catalina akui memerlukan masa membuat persiapan ‘mood’ serta vokal bagi merealisasikan lagu raya pertamanya.

    Artikel Berkaitan: ‘Bukan Merajuk, Kalau Perlu Saya Buat Gimik Murahan’ – Irene Catalina Kembali Selepas Lapan Tahun Menyepi

    Artikel Berkaitan: Usia 47 Tahun Bukan Halangan, Irene Catalina Kembali ‘Galak’ Berkarya Dengan Single ‘Mau Apa Lagi?’

    Vibes hari raya

    Ketika ditemui , Irene memaklumkan bahawa proses rakaman mengambil masa hampir dua bulan bagi memastikan dirinya dapat menyampaikan lagu raya tersebut dengan penuh keceriaan dan emosi yang tepat.

    Lagu raya berjudul ‘Vibes Hari Raya’ ini juga diserikan dengan penyanyi baru, Nuim sebagai rakan duet.

    Persiapan agak terburu-buru juga. Last minit juga nak buat lagu raya.

    Lagu ini mengambil masa yang lama untuk nyanyi. Saya tak pernah bawa lagu raya.

    Proses rakaman dalam dua bulan. Saya perlu dapatkan ‘mood’ lagu raya. Selalunya kita cover lagu orang saja bila lagu sendiri baru kita faham.

    Nuim ada tone suara yang tinggi dan unik berbanding artis lelaki lain. Jadi, saya rasa memang sesuai untuk digandingkan dengan saya dalam lagu ini.

    Irene berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu raya ‘Vibes Hari Raya’ dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang berlangsung di Nouri Glass Villa, Hulu Langat pada Sabtu.

    MENARIK:  Zarina Anjoulie Menyuarakan Ketidakadilan Terhadap Orang Dengan Masalah Mental

    Mengulas lambakan lagu raya, Irene tidak menganggap ianya satu persaingan malah hanya untuk berkongsi kegembiraan bersama pendengar.

    Saya tidak melihatnya sebagai persaingan kerana lagu raya ini lebih kepada kepuasan diri kerana saya hanya banyak nyanyi lagu orang lain.

    Saya mahu kongsi kegembiraan dengan para pendengar.

    Lagu ‘Vibes Hari Raya’ mula dilancarkan di beberapa platform digital termasuk Spotify bermula 21 Februari.

    The post Irene Catalina Akui Sukar Nyanyi Lagu Raya, Ambil Dua Bulan Cari ‘Mood’ – ‘Selalu Cover, Sekarang Dah Faham’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah