29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Kongsi Keperibadian Allahyarham Cik Man – ‘Suka Sedekah Pada Anak Yatim & Selalu Bercakap Tentang Kematian’

    Shopee Sale

    Pemergian pelakon veteran Kamarool Haji Yusoff, 67, atau lebih dikenali sebagai Cik Man nyata mengundang rasa hiba dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengenali serta mengikuti perjalanan seninya.

    Artikel Berkaitan: Muncung Bibir & ‘Semua Masuk Syurga’ Jadi Trademark, Cik Man Pergi Tinggalkan Memori Ikonik

    Jasa arwah

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi jasa Allahyarham yang merupakan antara ahli masjid yang aktif di kawasan kediamannya.

    Selain itu, Cik Man turut disifatkan sebagai seorang yang prihatin berikutan dia sentiasa mengambil berat setiap kali mendengar berita kematian, malah tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga si mati.

    Ramai yang tak tahu.

    Cik Man ahli masjid kampung dia. Arwah jenis bergegas kalau ada orang meninggal dunia.

    Dia akan tanya ahli keluarga jika perlukan duit dan sebagainya.

    Tambahnya lagi, Allahyarham Cik Man sering bersedekah kepada anak-anak yatim, selain tidak lokek berkongsi rezeki ketika di set penggambaran.

    Arwah juga suka sedekah kepada anak yatim.

    Masa di set penggambaran, arwah jenis suka belanja anak-anak pelakon makan dan minum.

    Sentiasa bercakap tentang kematian dan lain-lain.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu, 5 Ogos 2026 jam 5.15 petang ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

    MENARIK:  Barisan Penuh OOTW 2.0 Kini! Jangan Lepaskan Peluang Untuk Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik!

    Terdahulu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi selepas mengalami masalah saluran jantung tersumbat.

    Sumber: Threads @kedai.tudungbawal

    The post Individu Kongsi Keperibadian Allahyarham Cik Man – ‘Suka Sedekah Pada Anak Yatim & Selalu Bercakap Tentang Kematian’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah