28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Julia Farhana Teruja Bakal Tunai Umrah, Mahu Gunakan Peluang Untuk Eratkan Hubungan Bersama Suami

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Julia Farhana meluahkan rasa teruja apabila bakal mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercintanya, Dr. Che Hafiz.

    Bakal ke Makkah Julai nanti

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Julia Farhana Marin (@juliafarhanamarin)

    Bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Julai nanti, Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin beranggapan perjalanan mengerjakan umrah ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama malah sebagai peluang untuknya dan suami mengukuhkan hubungan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

    Sementara itu, Hafiz yang dilantik menjadi wajah eksklusif projek ‘Umrah Romantika’ oleh Al Khairi Travel & Tours beranggapan panggilan ini sebagai satu perjalanan istimewa buatnya.

    Ini kerana, Hafiz bukan sahaja akan menyertai sebagai salah seorang jemaah, tetapi juga akan membantu memantau status kesihatan para jemaah sepanjang perjalanan.

    Ini adalah pengalaman pertama kami untuk ke kota suci ini bagi menunaikan ibadah umrah.

    Bagi saya, pengalaman ini sangat bermakna dan berharga.

    Mungkin ada yang sudah biasa pergi ke sana tiap-tiap tahun tetapi bagi saya, ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

    Bercakap mengenai isu melibatkan agensi umrah yang dikatakan telah memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas jemaah umrah baru-baru ini, pasangan suami isteri ini mengakui tidak berasa bimbang kerana yakin dengan integriti pihak Al Khairi Travel & Tours sebagai sebuah agensi umrah yang sah dan berdaftar.

    MENARIK:  Mimi Lana Sokong Seratus Peratus Gerakan Blockout 2024 – ‘Kita Perlu Bersatu Antara Satu Sama Lain’

    Sekadar info, Hafiz dan Julia mengikat tali perkahwinan mereka pada 14 Disember 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah