32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iqbal Zulkefli Hilang Makna Hari Raya Selepas Arwah Ibu Meninggal – ‘Ditakdirkan Sampai Tua Saya Tak Dapat Kasih Sayang Macam Orang Lain’

    Shopee Sale



    Iqbal Zulkfeli

    Selepas pemergian arwah ibu tercinta lima tahun lalu, selebriti media sosial, Iqbal Zulkfeli mengakui sambutan Hari Raya seperti sudah tiada makna untuk dirinya.

    Syawal tanpa ibu

    Iqbal Zulkfeli

    Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Iqbal memberitahu, dia menyambut Aidilfitri dalam suasana sederhana kerana banyak memori bersama arwah yang sering menjentik emosinya.

    Lima tahun dah saya tidak merasa suasana raya sejak ketiadaaan ibu. Pulang ke kampung, tapi tidak duduk di rumah.

    Saya akan cari rumah-rumah lain yang boleh saya menginap atau tinggal di hotel.

    Memang ditakdirkan sampai ke usia tua saya tidak dapat benar-benar merasa kasih sayang seperti orang lain.

    Belum lagi kisah sedari lahir yang luar biasa. Adik-beradik saya tinggal sebumbung pun tidak lalui hal sama.

    Terlihat tenang dan kuat, Iqbal sentiasa berdoa agar suatu hari nanti segala kesedihannya diganti dengan perkara yang menggembirakan.

    Saya termenung, tabah juga saya mampu sabar tanpa sepatah kata mengeluh pun sepanjang hidup sehingga orang anggap hidup saya sempurna, disayangi ramai.

    Saya hanya mampu berdoa, semoga Allah berikan saya ketabahan lagi dan tukarlah segala kesedihan ini dengan hal-hal yang boleh buat saya gembira.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Letih, Rindu Isteri Sebab Tak Pernah Travel Selama Ini’ – Zainal Rashid Ahmad


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah