32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimi Lana Bincang Dengan Syafiq Kyle Sebelum Pilih Watak – ‘Perlu Bertanya Kepada Suami Dahulu’

    Shopee Sale

    Selepas bergelar isteri, pelakon Mimi Lana mengambil pendekatan untuk berbincang bersama suami, Syafiq Kyle mengenai setiap watak yang bakal dijayakannya.

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pesan Wanita Harus Pandai Cari Duit, Pergi Travel & ‘Enjoy’ Kehidupan – ‘Jangan Tunggu Lelaki Yang Tepat’

    Minta izin suami

    Ketika ditemui Mimi atau nama lengkapnya Rozaiana Zainal Abidin, 30, memaklumkan kehidupannya kini berbeza selepas mendirikan rumah tangga termasuk kerjayanya berikutan perlu menerapkan rasa hormat kepada suami.

    Walau bagaimanapun, untuk filem terbaharunya bergenre romantik komedi iaitu Mojoku Hilang!, tiada perbincangan dilakukan bersama Syafiq berikutan mereka belum lagi bergelar suami isteri semasa nashkah tersebut dirakamkan.

    Saya shooting filem ni pada Januari 2025 sebelum berkahwin.

    Tapi selepas kahwin banyak juga perkara berbeza seperti keputusan pemilihan watak.

    Dulu saya bukan isteri orang dan sekarang sudah berkahwin jadi perlu bertanya dulu kepada suami.

    Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Mojoku Hilang! yang berlangsung di TGV, Suria KLCC pada Isnin.

    MENARIK:  Anis Suraya Tak Akan Kembali Ke Industri, Kini Bergelar Pensyarah Di Terengganu – ‘Nyanyi Di TikTok Lepaskan Rindu’

    Menurut Mimi, selepas mendirikan rumah tangga dia belum menerima sebarang tawaran dari genre filem yang sama.

    Namun selepas kahwin ini saya tidak ada sebarang projek bergenre romantik komedi jadi belum ada apa-apa perbincangan dengan suami.

    Cuma sekarang ini selepas kahwin ni apa yang saya boleh cakap apa-apa keputusan perlulah tanya kepada suami.

    Untuk rekod, Mimi dan Syafiq disatukan pada 14 Februari 2025 di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.

    The post Mimi Lana Bincang Dengan Syafiq Kyle Sebelum Pilih Watak – ‘Perlu Bertanya Kepada Suami Dahulu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah