Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, IU terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan berlangsung di Goyang pada September depan selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
Artikel Berkaitan: IU, Lee Jong Suk Berpisah Selepas Empat Tahun Bercinta
Artikel Berkaitan: Tahap Kesihatan Merosot, Hael Husaini Batal Konsert – ‘Doktor Nasihat Untuk Berehat’
Masalah kesihatan

Memetik laporan Soompi, IU mengalami mengalami simptom sindrom disfungsi tiub Eustachian jenis patulous yang semakin serius.
Menurut pelantun lagu Love Wins All itu, masalah kesihatan tersebut sudah lama dialaminya namun keadaan semakin merosot sehingga pakar perubatan menyarankan agar dirinya mengambil masa untuk berehat.
Saya hidap penyakit ini dah lama, tapi sejak kebelakangan ini simptomnya semakin teruk.
Saya tertanya-tanya sama ada saya terlalu memaksa diri sepanjang beberapa tahun lalu sehingga mengabaikan keadaan kesihatan.
Sejak kebelakangan ini, simptom berlaku tanpa henti selama beberapa hari berturut-turut. Saya juga susah untuk kembali ke tahap prestasi seperti biasa ketika menyanyi.
Konsert memerlukan banyak pergerakan. Pakar berpendapat agak sukar untuk saya meneruskannya buat masa ini.
Dalam pada itu, IU akui terkilan apabila keputusan untuk membatalkan konsert terpaksa diumumkan namun memilih untuk mengutamakan kesihatan dirinya terlebih dahulu.
Susulan keputusan membatalkan konsert berkenaan, pelancaran album studio keenam IU juga terpaksa ditunda sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Saya rasa sangat berat hati dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji untuk konsert kali ini.
Memandangkan promosi album studio keenam dirancang bersama persembahan pentas dan jelajah konsert, saya tiada pilihan selain menangguhkan tarikh pelancarannya.
Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk kembali dengan album baharu dan persembahan secepat mungkin. Mohon tunggu saya sedikit lagi.
Sumber: Soompi
The post IU Alami Masalah Kesihatan Kronik, Terpaksa Batalkan Konsert first appeared on OHBULAN!.





