Peserta Global Sumud Flotilla (GSF)dan penulis, Zainal Rashid Ahmad atau lebih sohor dengan akronim ZRA menjelaskan ketiadaan dirinya ketika delegasi 23 sukarelawan Malaysia tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada malam Selasa.
Artikel Berkaitan: Zainal Rashid Ahmad Pulang Ke Rumah Secara Senyap Tanpa Liputan Media, Enggan Disanjung & Dipuji
Rindu isteri & anak

Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Melodi, ZRA mengakui dirinya berada dalam keadaan keletihan selepas 37 hari berada di perantauan.
Menurutnya lagi, dia turut merindui isteri tercinta serta anaknya, Ilham Fansuri, yang terpaksa ditinggalkan di Greece selepas mengalami dehidrasi.
Saya letih sebab dah 37 hari. Saya rindukan isteri saya sebab tak pernah travel selama ini. Kedua, anak perempuan saya tinggalkan di Greece kerana dia mengalami dehydrasi.
Jadi, saya tak boleh berdepan dengan orang ramai ketika isteri dan anak dalam ingatan saya.
Itu yang saya minta tolong daripada kawan-kawan untuk bawa saya keluar dari pintu belakang.
Dalam pada itu, ZRA turut memberi ruang kepada barisan aktivis muda untuk merasai sambutan hangat rakyat Malaysia, sekali gus menyemarakkan semangat mereka untuk terus menyertai misi kemanusiaan.
Saya fikir di usia 58 tahun, saya tinggalkan ruang itu kepada aktivis muda. Mereka yang sepatutnya menikmati supaya jadi lagi semangat.
Sebelum ini, ZRA memilih untuk pulang secara senyap ke rumah dengan hasil bantuan rakan-rakan tanpa menyertai 22 pejuang GSF lain bersama 2,000 orang ramai di KLIA Terminal 1.
View this post on Instagram
Sumber: Melodi
The post [VIDEO] ‘Saya Letih, Rindu Isteri Sebab Tak Pernah Travel Selama Ini’ – Zainal Rashid Ahmad first appeared on OHBULAN!.





