28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anna Jobling Minta Persetujuan Sebelum Babak Romantik, Hormati Status Jazmy Juma Sebagai Suami

    Shopee Sale

    Pelakon Anna Jobling memilih untuk menjayakan watak bersama Jazmy Juma secara profesional meskipun rakan gandingannya itu kini bergelar suami.

    Artikel Berkaitan: Anna Jobling Tak ‘Rushing’ Nak Kahwin, Akui Jatuh Cinta Dengan Personaliti Karel Susanteo

    Artikel Berkaitan: Fenomena Wattpad ‘Yes! Captain Zul Aaryan’ Kini Di TV3, Gandingan Mantap Anna Jobling & Jazmy Juma

    Gandingan bersama Jazmy Juma

    Ketika ditemui , Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, memaklumkan dia terlebih dahulu mendapatkan persetujuan sebelum menjayakan babak romantik bersama Jazmy.

    Menurutnya, Jazmy tidak mempunyai sebarang masalah dan bersetuju untuk menjayakan babak romantik secara profesional.

    Saya ada tanya dia mengenai perkara itu.

    Jazmy tiada masalah untuk melakonkan babak romantik, dia minta saya jangan risau dan buat macam biasa.

    Sebagai pelakon, ini adalah kerjaya saya, jadi teruskan tanggungjawab secara profesional.

    Jazmy okay sahaja.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Achey Respon Netizen ‘Merajuk’ Tak Layan Diajak Bergambar – ‘Staff Saya Accident, Bukan Saya Datang Hospital Buat Show’

    Mengulas lanjut mengenai keserasian mereka, Anna mengakui pada awalnya dia berasa sedikit kekok kerana pertama kali bekerjasama dengan Jazmy. Namun, keadaan menjadi lebih baik sepanjang penggambaran drama bersiri Yes! Captain Zul Aaryan.

    Memang pada hari pertama atau kedua di set penggambaran, kami terus kena buat babak yang ada ‘chemistry’. Masa itu agak kekok sikit sebab kami baru saja kenal dan tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

    Bila dah mula penggambaran, kami selesa untuk berlakon. Anna sendiri cuba buat dia rasa selesa. 

    The post [VIDEO] Anna Jobling Minta Persetujuan Sebelum Babak Romantik, Hormati Status Jazmy Juma Sebagai Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah