34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Tuntut Rizman Ruzaini Bayar Hutang RM1.3 Juta Sebelum 15 Januari Ini – ‘Tiga Tahun Pilih Berdiam Diri’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi kenyataan berhubung kes saman sivil yang difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sindir Pereka Fesyen, Suka Tayang Kekayaan Tapi Tak Bayar Hutang – ‘Janji Manis Bukan Main’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Suasana Tenang & Diam, Naik Private Jet’ – Intan Najuwa Tegur Sikap ‘Entitled’, Tidak Suka Budak Kecil

    Tuntut bayar hutang

    Menerusi kenyataan di Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, memuat naik dokumen mahkamah bertarikh 16 Disember lalu yang menyatakan Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd. perlu melunaskan sebanyak RM1,300,000 sebelum 15 Januari 2026.

    Difahamkan, pereka fesyen itu perlu membayar kadar faedah sebanyak 5 peratus atas jumlah tersebut atau bakinya bermula dari 16 Januari ini. 

    Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan.

    Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami.

    Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya.

    Sementara itu, mahkamah turut menetapkan Rizman Ruzaini membayar kos sebanyak RM15,000 kepada suami kepada aktres itu tertakluk kepada fi alokatur.

    MENARIK:  ‘Jangan Jadi Asbab Orang Terjebak Dengan Maksiat Yang Kita Lakukan’ – Tya Adnan

    Difahamkan, perjanjian bertulis itu berlaku pada tiga tahun yang lalu.

    Namun sepanjang tempoh itu, Intan dan suaminya memilih untuk tidak berbicara mengenai perkara itu.

    Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Intan menuntut pereka terkenal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis.

    Bagaimanapun, ketika ditemu bual, Rizman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

    Sumber: Instagram

    The post Intan Najuwa Tuntut Rizman Ruzaini Bayar Hutang RM1.3 Juta Sebelum 15 Januari Ini – ‘Tiga Tahun Pilih Berdiam Diri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah