Isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya menitipkan pesanan agar tidak menjadi penyebab orang lain terjebak dalam melakukan maksiat yang sama.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’
Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Terlalu Jauh, Rata-Rata Sekeliling Kita Adalah Maksiat’ – Tya Adnan
Berhati-hati

Menerusi muat naik di Threads, pemilik nama Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, berkata sekiranya tidak mampu untuk taat sepenuhnya, janganlah mengajak orang lain melakukan perihal dosa yang sama.
Menurut Tya, hal ini kerana setiap perbuatan salah yang diikuti oleh orang lain juga akan menjadi tanggungan kita.
Kalau kita tidak boleh taat, sekurang-kurangnya jangan jadi asbab orang lain terjebak mengikuti perkara maksiat yang kita lakukan.
Kerana kita juga akan mendapat saham dosa mereka.
Dalam pada itu, Tya turut berpesan agar sentiasa berwaspada dalam memuat naik kandungan di media sosial kerana tiada batas penyebarannya.
Berhati-hatilah dalam apa jua yang kita kongsi dan lakukan. Lebih-lebih lagi dalam perkongsian kandungan di media sosial kita yang tiada limitnya
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana Tya menitipkan pesanan yang amat berguna pada era di mana lambakan kandungan media sosial berunsur negatif.
Netizen turut meluahkan pendapat yang sama dengan bersetuju sekiranya mahu melakukan kejahatan perlu dilakukan seorang diri dan tidak mengajak orang lain.
Sumber: Threads
The post ‘Jangan Jadi Asbab Orang Terjebak Dengan Maksiat Yang Kita Lakukan’ – Tya Adnan first appeared on OHBULAN!.





