33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini Yang Boleh Korang Jangkakan Pada Festival Dan Anugerah MSA 2024 Yang Berlangsung Pada Hujung Minggu Ini

    Shopee Sale



    Mulai ditubuhkan pada tahun 2003, Malaysia Media Specialist Association (MSA) nyata memain peranan penting dalam memacu insdustri komunikasi dan media dalam negara.

    Kumpulan ini turut memperkenalkan Festival dan Anugerah MSA secara tahunan dalam berkongsi trend baharu sekaligus memberi penghargaan kepada pemain industri media yang terus-menerus memberi impak kepada orang ramai.

    Festival dan Anugerah MSA 2024

    Membawa tema ‘Charting New Horizons’, Festival dan Anugerah MSA 2024 menjanjikan penumpuan terhadap dinamik pemikiran para pemimpin serta usahawan baik dari segi pemasaran, komunikasi dan juga landskap media.

    Sesuai sangat buat korang yang berada dalam industri media atau mahu meningkatkan ilmu pengetahuan daripada para panelis hebat.

    Antara individu yang bakal berucap menerusi acara ini terdiri daripada Dr. William Tan atau lebih dikenali sebagai ‘Singapore Paralympic Superman’!

    Selain itu, Albert Murthy selaku CEO kepada syarikat CelcomDigi bakal turut tampil untuk berkongsi lebih lanjut mengenai bagaimana teknologi mampu mengubah landskap media dalam negara.

    Turut menampilkan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

    Sekiranya korang mengikuti perkembangan politik negara atau peminat podcast Keluar Sekejap, min yakin mesti korang kenal dua individu berpengaruh ini.

    Apa yang menarik dengan Festival dan Anugerah MSA 2024 ini, dua individu ini bakal turut membuat penampilan dalam berkongsi ilmu mereka melibatkan industri media dalam negara. Serius menarik!

    163 finalis bakal berentap untuk merebut anugerah berprestij daripada MSA

    Menerusi acara yang berlangsung pada waktu malam, seramai 163 finalis bakal menjadi saksi dalam merubah anugerah yang sekaligus menjadi saksi kepada usaha keras dan inovasi yang dipamerkan.

    MENARIK:  Demi Menjaga Kepentingan Semua Pihak, Ustaz Don Hentikan Kolaborasi Program Dakwah

    Trofi dan Anugerah Grand Prix, Agency of the Year dan Advertiser of the Year antara yang bakal menjadi rebutan para finalis.

    Jumpa korang pada 23 Ogos ini!

    Festival dan Anugerah MSA 2024 bakal berlangsung di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada 23 Ogos ini.

    Acara ini akan dibahagikan kepada dua waktu di mana festival MSA 2024 bakal berlangsung pada 8.30 pagi manakala acara penganugerahan bakal bermula pada 6.30 petang.

    Tiket buat korang untuk yang mahu sertai Festival dan Anugerah MSA 2024 ditawarkan pada harga RM1,000 termasuk cas SST 8%.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Festival dan Anugerah MSA 2024 yang bakal berlangsung pada 23 Ogos 2024 ini dengan layari laman MSA Festival 2024 dan juga MSA Awards 2024.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah