Hantaran terbaharu suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ mengenai anak tirinya, Seth Uwais meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ubai Rindu Sosok Ibu, Kongsi ‘Voicenote’ Terakhir
Artikel Berkaitan: Ubai Cari Individu Fitnah Isteri Tanggung Keluarga – ‘Macam Shila Je Kerja, Daripada Hamil Sampai Bersalin’
Seth jadi talent

Menerusi perkongsian di Threads, Ubai, 27, berkongsi beberapa klien menyatakan minat untuk menggunakan khidmat dan mahu menjadikan Seth sebagai talent produk mereka.
Perkara itu membuatkan Ubai geli hati dan kemudiannya berseloroh menyatakan Seth kemungkinan bakal mempunyai duit poket sendiri pada usia yang muda.
Ada beberapa klien yang mahu kami review dan nak Seth jadi talent.
Wah, awal lah budak ini dapat (beli) Myvi.
Umur enam tahun sudah ada pekerjaan, penuh resume Seth nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gurauan Ubai dan berharap Seth menerima permintaan klien itu.
Sementara itu, mereka turut gembira apabila mendapat tahu Seth bakal memulakan kerjaya seawal usia enam tahun sekali gus membuka peluang dalam dunia seni.
Netizen geli hati


Sumber: Threads
The post Klien Mahu Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Seloroh – ‘Wah Awal Lah Dapat Myvi’ first appeared on OHBULAN!.





