25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

    Shopee Sale

    Ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran dua cucunya iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Sisi Sebenar Ibu Mentua, Siti Hafizah Dah Jangka Diserang Netizen – ‘Cyber Troopers Tak Berbayar Memang Terbaik’

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah ‘Petik’ Tindakan Ibu Aliff Aziz ‘Follow’ ‘R’, Dakwa Tiada Langsung Minta Maaf – ‘Unfollow Menantu Yang Jaga Anak Awak’

    Ucapan birthday

    Menerusi hantaran di Instagram, Hafizah mendoakan Ayden dan Ara membesar menjadi anak yang soleh serta solehah selain dapat membahagiakan keluarga.

    Bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua. Masya-Allah bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara.

    Umi Wan dan tok ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua membesar sihat dan bahagia. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa menjadi penyejuk mata kepada keluarga.

    Pada hantaran sama, Hafizah turut memuat naik sekeping foto memaparkan wajah Ayden dan Ara sewaktu kecil.

    MENARIK:  [VIDEO] Lebih 2.3 Juta Tontonan, Netizen Terhibur Budak Nangis Nak Bela Anak Babi – ‘Mengucap Banyak, Dah Jauh Sangat Tu’

    Dalam pada itu, Hafizah berkata, kasih sayangnya terhadap dua cucu kesayangannya itu tidak pernah pudar sehingga hujung nyawa.

    Walaupun kita dipisahkan jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar.

    Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, masya-Allah. Berpisah di dunia hanya sementara, insya-Allah dengan izin Allah kita berkumpul di akhirat kelak.

    Sentiasa terus bergembira dan kami sentiasa menyayangi kalian selama-lamanya.

    Untuk info, Ayden dilahirkan pada 7 Julai 2017 dan Ara dilahirkan pada 18 Julai 2020. Ayden dan Ara merupakan zuriat hasil perkahwinan Bella dengan bekas suami, Aliff Aziz.

    Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.

    Sumber: Instagram

    The post Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah