27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Sunnah, Ini Kelebihan Kayu Sugi Untuk Penjagaan Mulut & Gigi Secara Semula Jadi

    Shopee Sale

    Dalam ajaran Islam, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman, dan antara amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. ialah bersiwak dengan menggunakan kayu sugi.

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Azam, Utamakan Niat Memperbaiki Diri & Tingkatkan Ibadah Menjelang Tahun Baharu

    Artikel Berkaitan: Jangan Terlepas! Ini Waktu Mustajab Berdoa Pada Hari Jumaat

    Amalan sunnah

    Kayu sugi merupakan sejenis kayu khas yang digunakan untuk membersihkan gigi serta mulut, dan penggunaannya termasuk dalam amalan sunnah Nabi yang diamalkan secara konsisten.

    Walaupun ianya kelihatan ringkas, namun amalan bersiwak dengan kayu sugi sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat besar terhadap kesihatan mulut, kesucian ibadah serta pembentukan disiplin diri bagi seseorang Muslim.

    Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah S.A.W., penggunaan kayu sugi terbukti membantu menyingkirkan kotoran dan bakteria yang melekat pada gigi, sekali gus menyokong kebersihan oral secara semula jadi.

    Amalan ini juga mempunyai nilai keagamaan yang tinggi kerana ia menjadi antara sebab seseorang hamba memperoleh keredaan Allah S.W.T.

    Selain manfaat dari segi rohani, kayu sugi turut memberi kesan positif terhadap kesejahteraan tubuh.

    Ianya juga membantu menyegarkan nafas dan menghilangkan bau tidak menyenangkan, serta mengurangkan risiko penyakit gusi yang boleh menjejaskan kesihatan gigi dalam jangka masa yang panjang.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Jamumall Gigih Cari Duit Sendiri – ‘Saya Tak Boleh Serik Dalam Hidup, Ada Dua Anak Perlu Ditanggung’

    Bahkan, penggunaan kayu sugi juga membantu membersihkan lendir yang melekat di bahagian kerongkong dan hidung, menjadikan pernafasan lebih segar.

    Dalam kalangan perokok, amalan bersiwak juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin melalui rangsangan semula jadi pada saraf tertentu di kawasan mulut.

    Waktu yang sesuai untuk bersiwak

    Bersiwak boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun terdapat beberapa keadaan tertentu yang lebih dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk melaksanakannya.

    Antaranya ialah sebelum berwuduk sebagai persediaan membersihkan diri untuk beribadah, serta sebelum menunaikan solat agar seseorang itu berada dalam keadaan bersih ketika menghadap Allah S.W.T.

    Amalan ini sangat digalakkan sebelum membaca Al-Quran kerana ia menyucikan mulut untuk melafazkan kalam Allah dengan penuh adab dan penghormatan.

    Di samping itu, Rasulullah S.A.W. turut mengamalkan siwak ketika bangun daripada tidur bagi menghilangkan bau dan kotoran yang terkumpul di dalam mulut sepanjang malam.

    Amalan ini juga sesuai dilakukan sebelum memasuki rumah untuk berinteraksi dengan ahli keluarga, sebagai tanda menjaga kebersihan diri dan keselesaan orang lain.

    Sumber: Jiwa Islam

    The post Bukan Sekadar Sunnah, Ini Kelebihan Kayu Sugi Untuk Penjagaan Mulut & Gigi Secara Semula Jadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah